Sudah lama saya tidak 'berangan'. Pena kisah sudah lama tak diasah. Tumpul...Mahu dibiarkan?Tidak mungkin dibiar sepi. Jalan-jalannya ada terbentang, cuma mata nampak rabun sayup mata memandang. Bimbang lelah di persimpangan. Tetapi ada bekalan, ada ubat sementara menyambung kisah...(puisi saya sementara bikin cerpen).
Akhir Derita Palestin
Air mata mengalir lagi
kali ini deras, berambu-rambu
sayat rasa hati
tersiat perasaan
bilakah berakhirnya derita ini.
mana umat Islam lain
gagah propaganda
'kita mesti bantu mereka'
namun mana janji itu
hilang sama kepulan
peluru manusia durjana
dimana ibu,
kemana ayah
habis dunia dicari
disitu...
darah menyaluti
marah membara
puas tahan sakit
luka teramat dalam
kuasa mereka menindas
biar dunia kiamat
hingga akhir hayat
cekal berjihad
walau umat lain
makin menjauh
termakan helahan
darah terakhir
terukir kalimah
Allahu Akbar
syahid dinanti
syurga mendiami...
Saturday, June 28, 2008
Lama tak 'berangan'
Nukilan Zulfa Hanan at 11:40 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen anda disini:
Post a Comment