CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 24, 2011

Benar-benar rindu!

“Bunyi esak tangis seakan-akan bayi itu semakin lama semakin kuat kedengaran. Semakin lama mengilukan hati. Para sahabat tercari-cari dari mana arah datangnya tangisan itu. Dan Rasulullah tatkala itu dapat mengesan ia adalah tangisan dari pohon tamar yang Rasulullah jadikan mimbar. Dengan kelembuatn jiwa dan ruh Rasulullah, baginda menanyakan mengapa engkau menangis. Lalu dalam menahan esakan itu ia menjawab adakah engkau ya Rasulullah ingin membuangku? Pantas Rasulullah menjawab, tidak. Adakah engkau ingin hidup bersamaku di dunia ini atau kekal bersamaku di syurga kelak? Pastinya pohon tamar itu memilih hidup bersama Rasulullah di syurga kelak. Dengan itu Rasulullah menanam pohon tamar di bawah mimbar yang baru dibina. Seketika bunyi tangisan itu pun tidak kedengaran lagi.”

Pohon tamar yang yang tidak mempunyai akal sesempurna manusia ini boleh menangis hanya kerana Rasulullah. Kita selaku umatnya adakah pernah ditangiskan hanya kerana rindu kepada baginda? Teramat malang bagi siapa yang tidak pernah terdetik rasa rindu kepada Rasulullah, lebih rendah dirinya daripada pohon tamar itu. Wahai manusia, tidak berperasaan kah?

Turutilah perjalanan hidup baginda sedari kecil sehinggalah baginda wafat, ruh cinta dan rindu itu akan hadir kerana kita umatnya yang dirindui. Baginda pernah mengatakan umat akhir zaman inilah yang baginda rindui kerana mereka mengamalkan dan memperjuangkan sunnah baginda serta mendambakan cinta sedangkan mereka tidak pernah bertemu sua dengan baginda.

“ Mereka menyintaiku sedangkan mereka tidak pernah bertemu denganku.”

Kitalah umat akhir zaman ini. Jiwa ini benar-benar cemburu dengan para sahabat yang dapat hidup sezaman dengan Rasulullah akan tetapi tenanglah kerana kitalah yang baginda rindui. Moga-moga Allah Yang Maha Mengasihani mempertemukan kita dengan jiwa suci Rasulullah. Sollu alan Nabi.

Lafazkanlah cinta dan rindu kepada Rasulullah!

0 komen anda disini:

Berdoalah...

Islamic