Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
Tuesday, September 13, 2011
:. Hadiah yg sering dilupakan .:
Nukilan Zulfa Hanan at 9:40 PM 0 komen anda disini
Monday, September 12, 2011
Nafas cinta...
Saat rindu melambung-lambung, saat kenangan diimbas mesra, ku selitkan kata-kata dia sebagai inspirasi diriku. Dia tiada disisiku kini kerana dia setia menemani si pejuang. Dia bukan siapa-siapa, hanya insan yang menjadi sandaran untukku bermanja suatu ketika dahulu .Nyata, dia meninggalkan setulus sayang buatku. Bicaranya akan ku kenang hingga akhir nyawaku ;
;يا اختى فى العقيدة المتينة الواحدة
لا ارى منك احواج الى هذه الكلمات الا نفسى
Asy Syahid Hassan al-Banna pernah menuturkan :
“ usah kau biarkan sehari pun berlalu dari hidupmu tanpa bekerja untuk Islam.”
E-na,
Selamanya, abadikanlah diri sebagai pedusi
yang memangkin perjuangan si pejuang.
Dunia sementara ini bukan lagi ruang untuk saling
mencipta alasan. Kerana
- Kau bakal pergi. Lalu, apakah sudah kau bayar
semua nilai dari modal hidup yang kau pinjam?
- Kau hanya punya satu nama. Lalu, kau yang pilih
mahu meninggalkan nama seharum Humaira-sahmura
nubari Rasulullah atau isteri si Abu Jahal yang
dengan namanya tersumpah padah?...
p/s : K.cik, terima kasih kerana telah mengajar diri ini erti perjuangan dalam kehidupan. Ku bawa kenangan dan titip bicaramu sehingga kini menjadi sepertinya diriku sekarang. Terima kasih di atas segalanya.
Nukilan Zulfa Hanan at 1:03 PM 1 komen anda disini