Seorang lelaki dan juga seorang wanita pastinya lambat atau cepat bakal bergelar bapa dan ibu bilamana ijab berwali akad terpatri. Soal pertama yang perlu pihak lelaki renung dan fikir-fikirkan dan pihak wanita sedar dan berubah. Itulah dia tanggungjawab seorang bapa kepada anaknya. Apakah tanggungjawab seorang bapa kepada anaknya? Sepertimana yang telah dicoretkan, amanah yang tertanggung di atas bahu seorang bapa kepada anak adalah :
1-Mencari ibu yang terbaik
2-Memberikan nama yang elok maknanya
3-Mengajarkan membaca al-Quran
Apabila lengkap tiga perkara ini dilaksanakan maka berbahagialah si bapa dengan nikmat Allah Taala. Kerana daripada tiga rangkaian inilah perkara yang lain akan mengikutnya.
Mencari ibu yang baik
Mafhum di dalam al-Quran Allah ada menyebutkan “Mukmin yang baik untuk mukminah yang baik”. Ini sudah pasti seorang lelaki yang baik akan mencari seorang wanita yang baik yang bakal mencorak dan mendidik anak-anaknya kelak. Baik yang bagaimanakah yang dimaksudkan? Pada pendapat saya, wanita yang baik adalah seperti wanita yang dimaksudkan oleh Saidatina Aisyah r.a iaitu perempuan yang tidak dipandang dan tidak memandang. Perempuan yang tidak sewenang-wenangnya memandang lelaki dan juga penyebab hati lelaki terpaut. Wanita yang tahu ‘erti’ dia seorang wanita itulah yang bakal melahirkan anak-anak yang taat pada agama. Istikharah dan pilihlah wanita yang baik-baik agamanya untuk dijadikan isteri. Dan para wanita, didiklah jiwa untuk menjadi baik suluhan al-Quran dan sunnah sebelum bergelar isteri kepada si suami.
Memberikan nama yang elok
Menjadi lumrah bagi sepasang suami isteri, janin yang dikandung baru dua tiga minggu sudah dicarikan nama untuknya. Penting bagi pasangan ini menentukan pilihan nama yang terbaik, bukan sahaja pabila disebut sedap telinga mendengar akan tetapi dari sudut maknanya yang terukir indah. Nama inilah yang akan disebut berkali-kali dalam sehari. Sanggupkan ibu bapa memanggil anaknya dengan seburuk-buruk nama bahkan panggilan dari ibu itu merupakan satu doa?
Mengajarkan membaca al-Quran
Dituntut untuk mengajar al-Quran kepada anak-anak kerana ia merupakan sumber utama rujukan umat Islam. Biarkan si anak mengenal siapa Khaliqnya dan tujuan dia diciptakan. Alunkan sentiasa kalimah suci di telinganya moga dia membesar hidup berlandaskan al-Quran dan disamping ilmu-ilmu yang lain. Buat bakal suami dan isteri pelajarilah membaca al-Quran dengan sebaiknya supaya mudah untuk diajarkan pula kepada anak-anak.
Kenapa tajuk ini ditujukan untuk yang bakal bergelar suami dan isteri dan bukannya kepada bapa? Kerana di sinilah bermulanya pemilihan seorang isteri dan juga bakal ibu…
Tuesday, January 24, 2012
Persiapan bakal suami dan isteri
Nukilan Zulfa Hanan at 7:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen anda disini:
Post a Comment