CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 27, 2008

Tinta Salut Emas

Menulis ini seperti anda melihat cermin. Setiap kali menatapnya anda akan melihat dan menilai peribadi. Menulis ini seperti anda mandi. Setiap hari anda mesti melakukannya, jika tidak akan busuklah tubuh. Menulis ini seperti hari-hari yang anda lalui, ada peristiwa, ada cerita, ada watak, ada emosi, ada perasaan, ada natijah dan ada iktibar. Jika mahu jadi penulis, perlu menulis dari hati dan semaikan minat dalam diri.
AmizaKhusyri,
Seremban
~~~~~~~
Teruskan usaha.Terus menulis.

"Hari ini pena kita mungkin tidak mengeluarkansebarang mersik suara. Tapi, bila isi dan cita2 yangkita bawa mempunyai matlamat yang jelas, pasti gemanyaakan didengari dunia juga suatu hari. Teruskan menulis..."
:)

All da best.

A.Ubaidillah Alias,
Kelantan
~~~~~~~
"Menulis itu dakwatnya peluh, penanya kehendakdan letaknya dalam hati"

Mohd Zaki Mohd Noor,
Johor

Monday, March 24, 2008

Ibu

Tiada lafaz teragung
Mampu kuluahkan
Saat mendengar suaramu
Puas menjalari nadi
Rindu tebal dihati
Kasih Ibu
Tiada henti

Muhasabah Ini

Semalam Muhasabah Separuh Penggal Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir...Saya tak rajin nak mengulas lanjut muhasabah semalam...Apa yang saya boleh rumuskan :
*Ahli sudah pandai berfikir yang terbaik.
*Masih ada yang tak memahami sepenuhnya etika kepimpinan.
*Membantu persatuan ikut musim
*Ada yang suka mengkaji, buat analisa sendiri kemudian menghujum tanpa bertanya terlebih dahulu kepada pihak persatuan.
*Ada yang kata perlaksanaan sterotaip,alangkah baiknya jika yang berkata itu menjadi nadi penggeraknya.
*Tak kurang juga adik -adik baru yang bersemangat ingin tahu.


~Satu kebanggaan barisan kepimpinan ini menjadi perhatian, mahukan kami terbaik jadi bantulah kami!
~Cuma satu dari saya :
*Pemimpin tiada lebihnya dengan ahli biasa, mereka sama saja seorang mahasiswa, cuma yang lebihnya mereka dipikul dengan AMANAH!

Wednesday, March 19, 2008

Muktamar Sanawi PMRAM 75

Muktamar HEWI sudah berlalu dan hari ini ayuh bersama kita gegarkan Muktamar Sanawi tahun ini, berikan muhasabah dan cadangan bukannya hujuman menghentam pimpinan! Selamat Bermuktamar buat semua...

Monday, March 10, 2008

Sastera kasih

Sastera memang indah. Saya kutip bicara pantun ini dari hati seseorang. InsyAllah tak kena saman kot...


Intai-intai seroja desa
Terserempak penyair beradu
Puas sudah dielak rasa
Hati ini terkenangkan dirimu

Geharu sungguh si anak raja
Seroja dipetik dilaman orang
Mana kutahu hatiku berkata
Dah dicuri sang puteri seorang

~Nak berbalas pantun silakan penuh hormat~

Intikhabat Malaysia

Perak, Kedah,Pulau Pinang dan Selangor.Memang tak dijangka kemenangan berpihak pada yang berhak. Rakyat buka mata, buka minda usah lagi termakan dengan semata-mata propaganda. Ayuh kita raikan kemenangan ini tapi usah dilupakan teladan sirah dalam peperangan Uhud suatu ketika dahulu.

~Membangun bersama Islam. Takbir! ~

Friday, March 7, 2008

Doa telus dari hati

Doa Tuan Guru Nik Aziz

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamu yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai Tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian." - mks.

www.harakahdaily.net

Kerana Hati

Kerana hati
ada insan yang terluka
kerana hati
ada jiwa yang merana
kerana hati
kita selalu patah hati
kerana hati
kita yang tak hati-hati
semua kerana hati

Thursday, March 6, 2008

Pesan Dr.

Doktorah Amal Abdul Hamid, lecturer usul fiqh saya memesan
"Penuntut ilmu kena ada :
~Baca
~Ulangkaji
~Sabar
~Tunggu diberi kefahaman

Saturday, March 1, 2008

Rumah baru, pilihanraya

Riang hati ini bila dapat berbicara dengan ibu.
Kata ibu rumah kami dalam proses pembaikan,tukar sikit-sikit.
Nak salin baru banyak belanjanya, duit pun segan-segan nak keluar.
Sibuk-sibuk pilihanraya, rumah pun sibuk-sibuk juga.
Kakak pula menyampuk sepanjang jalan pulang ke kampung macam-macam tertampal kat jalanan. Ada bulan penuh, ada bulan separuh-separuh, ada roket nak ke bulan dan ada timbang-timbang bulan. Itulah aura pilihanraya...

Usai ganggang diletak teringat kalam ibu :
"Mak pun minta maaf"
"Mak tak salah apa-apa pun"
"Mak pun manusia juga mana tahu ada salahnya."

-Itulah ibuku...

Berdoalah...

Islamic