CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 24, 2011

Benar-benar rindu!

“Bunyi esak tangis seakan-akan bayi itu semakin lama semakin kuat kedengaran. Semakin lama mengilukan hati. Para sahabat tercari-cari dari mana arah datangnya tangisan itu. Dan Rasulullah tatkala itu dapat mengesan ia adalah tangisan dari pohon tamar yang Rasulullah jadikan mimbar. Dengan kelembuatn jiwa dan ruh Rasulullah, baginda menanyakan mengapa engkau menangis. Lalu dalam menahan esakan itu ia menjawab adakah engkau ya Rasulullah ingin membuangku? Pantas Rasulullah menjawab, tidak. Adakah engkau ingin hidup bersamaku di dunia ini atau kekal bersamaku di syurga kelak? Pastinya pohon tamar itu memilih hidup bersama Rasulullah di syurga kelak. Dengan itu Rasulullah menanam pohon tamar di bawah mimbar yang baru dibina. Seketika bunyi tangisan itu pun tidak kedengaran lagi.”

Pohon tamar yang yang tidak mempunyai akal sesempurna manusia ini boleh menangis hanya kerana Rasulullah. Kita selaku umatnya adakah pernah ditangiskan hanya kerana rindu kepada baginda? Teramat malang bagi siapa yang tidak pernah terdetik rasa rindu kepada Rasulullah, lebih rendah dirinya daripada pohon tamar itu. Wahai manusia, tidak berperasaan kah?

Turutilah perjalanan hidup baginda sedari kecil sehinggalah baginda wafat, ruh cinta dan rindu itu akan hadir kerana kita umatnya yang dirindui. Baginda pernah mengatakan umat akhir zaman inilah yang baginda rindui kerana mereka mengamalkan dan memperjuangkan sunnah baginda serta mendambakan cinta sedangkan mereka tidak pernah bertemu sua dengan baginda.

“ Mereka menyintaiku sedangkan mereka tidak pernah bertemu denganku.”

Kitalah umat akhir zaman ini. Jiwa ini benar-benar cemburu dengan para sahabat yang dapat hidup sezaman dengan Rasulullah akan tetapi tenanglah kerana kitalah yang baginda rindui. Moga-moga Allah Yang Maha Mengasihani mempertemukan kita dengan jiwa suci Rasulullah. Sollu alan Nabi.

Lafazkanlah cinta dan rindu kepada Rasulullah!

Sunday, January 23, 2011

Gegar Mahasiswa

Bilamana di gelar mahasiswa tentulah secara biasanya akan tergambar di fikiran kita dia seorang pemuda/di. Apabila disebut pemuda/di pula langsung terzahir di kotak akal bahawa dia seorang yang muda,kuat, cerdas akal fikiran, berjiwa besar dan berswadaya tinggi serta mempunyai cita-cita dan harapan yang menggunung. Nah, itulah gelarang yang ternoktah kepada seorang pemuda/di. Lantas kita yang muda/di sekarang bagaimana?Termasukkah di dalam ciri-ciri yang disebutkan? Kita teladani sejarah pemuda/di terdahulu sebagai contoh Sultan Muhammad al-Fateh,bagaimana beliau semasa mudanya? Berjaya memimpin pejuang-pejuang agama Allah. Tentulah dia seorang yang hebat,memimpin hati dan ruh pejuang-pejuang Islam.

Kita pula dimana posisi kita selaku mahasiswa atau pemuda/di?jadi Fikirkan, rancang dan jayakan...Jadilah seorang pemuda/di harapan umat Islam.

Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru Buku Baru

Bumi ini masih lagi bernafas untuk menyambut tahun baru...Masih lagi terasa auranya walaupun sudah berinjak beberapa hari. hakikatnya seawal Muharram dahulu kita sudah menyambut tahun baru Islam dengan mensyiarkan doa akhir tahun dan awal tahun kita. Bersilih ganti tahun, bersilih ganti juga buku amal ibadah kita. Bagaimanakah natijah buku amalan kita yang lepas, mizannya lebih kepada pahala atau dosa? Tahun ini bagaimana pula buku amalan kita? Lalu, kita tak akan ketemu sudahnya. Hanya tiap detik dan waktu scan lah iman kita masing-masing. Hari ini kita solat fardu di awal waktu tak? berjemaah ke?sunat rawatib , solat dhuha kita pula bagaimana? Banyak sekali perlu dihitung...setandingkah ibadah yang kita buat untuk mencapai syurga Allah yang tersangat indah dan mewah itu?

Sesaat adalah umur kita. Hargailah selagi masih diberi nyawa oleh-Nya tanpa kita tahu bila dan di mana nyawa kita akan dicabut.Bukan nanti-nanti, tapi insafilah...

Berdoalah...

Islamic