CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 3, 2008

Dari Prasasti Hati

Dari Prasasti Hati
Oleh Nor Azlina Bt Idris

انفروا خفافا وثقالا وجهدوا باموالكم وانفسكم فى سبيل الله ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون"”

Bermaksud :”Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”.

Tatkala meneliti kalam allah Yang Maha Agung ini dapatlah kita mengambil pelajaran bahawa wajib bagi kita untuk berjihad samada berada dalam keadaan susah mahupun senang. Jihad yang ingin saya fokuskan disini bukanlah jihad melaras senapang bertempur dengan tentera musuh akan tetapi jihad yang dimaksudkan ialah usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredai Allah Taala. Bukan mudah untuk kita benar-benar lumati rasa jihad dalam diri tetapi hakikatnya itu bukanlah alasan yang sengaja ditampal dalam diri.

Terlalu banyak nasihat-nasihat yang Allah wahyukan dalam kitab-Nya sebagai panduan berharga kepada kita selaku hamba. Renungi ayat diatas membuahkan kepada kita bahawa satu daya fikir bahawa Allah Taala menghendakkan hamba-Nya berjuang walau dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara. Sehinggakan terkorban harta dan diri demi agama Islam ini. Usahlah mengatakan sanggup terkorban andai diri tidak cukup betah untuk berkorban. Jika disaringkan kembali, kita begitu kurang untuk memperhambakan diri kerana Allah. Ibadah sunat terkadang teramat payah dikerjakan dan beristiqamah apatah lagi jika membabitkan harta peribadi.

Ayuh kita mengambil pengajaran dari sirah junjungan terdahulu, seorang lelaki yang enggan menyertai Nabi dalam peperangan Tabuk hanya beralasan panas,kebimbangan harta yang perlu dijaga dan anak isteri yang sayang ditinggalkan pergi. Peristiwa ini Allah rakamkan didalam Al-Quran surah At-Taubah ayat 90 :

وجا ء المعذرون من الأعراب ليؤذن لهم وقعد الذين كذبوا الله ورسوله سيصيب اللذين كفروا منهم عذاب اليم

Bermaksud : “Dan diantara orang-orang Arab Badwi datang kepada Nabi mengemukakan alasan agar diberi izin untuk tidak pergi berperang sedangkan orang-orang yang mendustakan Allah dan Rasul-Nya duduk berdiam. Kelak orang-oramng kafir diantara mereka akan ditimpa azab ynag pedih”.

Melihat kadar iman yang naik turun membuatkan keputusan yang diambil tidak secara bijak. Bukan mudah meninggalkan anak isteri yang dikasihi bekemungkinan kembali dengan kemenangan atau kembali dengan gugur dimedan juang. Tetapi itu bukan alasan menolak ganjaran Allah yang maha hebat. Syurga.

Tapisan iman yang terperinci memperlihatkan kepada kita bahawa perlunya pemerkasaan iman yang bukan ‘plastik’ dengan penyakit hati yang berjangkit-jangkit. Sudah Allah katakan bahawa manusia ini mampu untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Malah manusialah selayaknya untuk menggalas bebanan tersebut. Perkara ini Allah wartakan dalam surah Al-Hasyar ayat 21 :



لو انزلنا هذا القرءان على جبل لرأيته خشعا متصدعا من خشية الله وتلك الأمثل نضربها للناس لعلهم يتفكرون


Bermaksud : “Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkab takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir”.

Isi tersirat yang terkandung didalam Al-Quran begitu mendalam untuk dicapai oleh akal manusia begitu berhajatkan penelitian yang sebaiknya daripada manusia. Usah dibuat lewa apa yang telah Allah sampaikan ini kerana diumpamakan gunung yang sedia gah tidak sanggup memikulnya apatah lagi manusia yang serba kekurangan. Tuntasnya sengaja Allah ukirkan perumpamaan ini untuk diingati dan direnungi oleh umat manusia samada sanggup menggalas amanah Islam atau sanggup menjadi orang yang mampu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk Islam.

Hayatilah kata seorang penyair di dalam buku ‘Don’t Be Sad’ :

“ Demi umurmu sebagai taruhannya
Dirimu tidak akan dibenci
Selagi engkau bertaqwa dan memiliki rasa takut
Dirimu tidak akan disenangi
Selagi engkau rakus
Kebanyakan rasa takut manusia
Bukanlah dibuat-buat
Dan rasa takut
Tidak akan memberi manfaat sedikit pun”.


Selaku hamba yang berjanji akan menegakkan Islam demi Allah dan Rasul-Nya apakah kita masih lagi berdiam durja menantikan sahaja Islam dapat ditegakkan tanpa keringat peluh dari kita? Di akhirat kelak Allah akan menayang-nayangkan nama kita sebagai orang yang berjihad di jalan-Nya dan memanggil-manggil kita untuk bersua dengan-Nya. Alangkah beruntung dan bertuahnya andainya kita turut sama tersenarai diantara insan yang memperjuangkan agama Islam dimuka bumi ini. Hapuskan bisikan-bisikan syaitan yang menakut-nakutkan kita. Ayuh bangun berjuang!











tempel pesanan

KATA-KATA IMAM SYAFIE :-

Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan mati..ku hulurkan tangan kepada sahabatku untnk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri...aku selalu berharap untnk mendapat sahabat baik yang tak lentur dalam suka duka...jikaku dapat,aku akan menjaganya....

Thursday, August 28, 2008

Teratak ini

Lama sungguh saya tak menjengah teratak saya. Sawang sudah penuhi langit rumah. Laman bersepah-sepah...sementara sendiri biarkan saja, nanti bila dah berdua tahulah macammana nak jaga, macam si sanggar-cinta...tiba-tiba saja teringat pemilik si sanggar-cinta, moga mereka berbahagia. Doakan kebahagian buat semua...

Teliti kalam Saidina Umar ini :
"Tiada Islam kecuali dengan jemaah
Tiada jemaah kecuali dengan pimpinan
Tiada pimpinan kecuali dengan ketaatan".

Monday, July 14, 2008

Scan Iman

Berteleku syahdu malam
Koreksi dosa semalam
Airmata lurus turun
Satu persatu
Sayu...

Banyak salah atma ini
Terkadang hilang keyakinan
Yang ditanam dalam diri
Masalah menghimpit
Lambat penyelesaian
Tiap sesuatu ada waktunya

Aku jadi teringat
Tanggungjawab dipikul
Amanah disanjung
Terlunaskah segalanya?

Hati ini
Dicanda gusar
Sewaktu amalan ditimbang
Berat di sebelah manakah ia
Kanan atau kiri...
Kanan atau kiri...
Kanan atau kiri...
Mudah-mudahan kananlah ia!

Wednesday, July 2, 2008

Pesan buat diri...

Lewat malam mata ini masih segar-bugar menatap monitor, masih banyak lagi amanah -amanah yang tak terbuat dek kecepatan masa yang tidak sempat saya kejar. Terkadang terasa penat tetapi bila teringat kembali kalam yang pernah saya luahkan buat teman :

" Kalaulah bukan kerana Allah kita terima amanah ini mana mungkin kita mampu menggalasnya"

Saturday, June 28, 2008

Lama tak 'berangan'

Sudah lama saya tidak 'berangan'. Pena kisah sudah lama tak diasah. Tumpul...Mahu dibiarkan?Tidak mungkin dibiar sepi. Jalan-jalannya ada terbentang, cuma mata nampak rabun sayup mata memandang. Bimbang lelah di persimpangan. Tetapi ada bekalan, ada ubat sementara menyambung kisah...(puisi saya sementara bikin cerpen).

Akhir Derita Palestin

Air mata mengalir lagi
kali ini deras, berambu-rambu
sayat rasa hati
tersiat perasaan
bilakah berakhirnya derita ini.

mana umat Islam lain
gagah propaganda
'kita mesti bantu mereka'
namun mana janji itu
hilang sama kepulan
peluru manusia durjana

dimana ibu,
kemana ayah
habis dunia dicari
disitu...
darah menyaluti

marah membara
puas tahan sakit
luka teramat dalam
kuasa mereka menindas

biar dunia kiamat
hingga akhir hayat
cekal berjihad
walau umat lain
makin menjauh
termakan helahan

darah terakhir
terukir kalimah
Allahu Akbar
syahid dinanti
syurga mendiami...

Monday, June 23, 2008

Begitukah kehidupan?

Lama sungguh jemari ini tidak menukil kata, kempunan jiwa ini ingin bersastera mendendangkan diksi-diksi indah, bait-bait kata yang menenangkan rasa. Agak lama ditinggalkan. Bukan kerana melupakan akan tetapi ada perkara lain yang lebih utama didahulukan. Terfikir sendiri antara kehendak yang tersangat menuntut dan satu tuntutan yang mana perlu diutamakan?

Bukan mudah untuk kita membuat keputusan tambahan pula keputusan itu memerlukan pemikiran yang waras, dan kestabilan perasaan. Andai jiwa yang tergundah mana mungkin keputusan yang dicapai memenuhi segala kehendak yang diminta.

Begitu a'zimnya akal dan perasaan. Kedua-duanya mempunyai naluri yang berbeza terkadang bercanggahan sesama sendiri tetapi hukum Tuhan pasti keduanya ada persamaan yang kadang kala kita sendiri tidak menyedarinya...Begitukah kehidupan?

Friday, June 20, 2008

Ripuh amat...

Lewat akhir ini saya ripuh sungguh. Banyak perkara perlu dilakukan dalam masa yang terdekat. Mudah-mudahan Allah meringankan amanah yang saya galas ini. Terkadang merasakan diri ini tidak mampu, but what can i do...saya perlu melawan perasaan tidak mampu itu and believe i can do it.

~Ya Allah, turunkan tentera-tentera-Mu untuk membantuku...

Sunday, June 8, 2008

Hati Kecil VS hati besar

Hati besar tersusuk sembilu.Sakit. Sendunya berlagu....

Air jernih menitis
laju bertalu-talu
rawan hari tak siapa tahu
perit hadapi sendiri


Gusar di depan mata
mampukah?
kuatkah jiwa ini?


galak amanah datang
akal ini cuma satu
tangan ini cuma dua
kudrat ini hanya sementara


Tuhan
berikanku harapan
izinkan kubina
keyakinan yang hilang
galas amanah tersimpan



Tiba-tiba hati kecil menempik, marahkan hati besar...


Bangun...
kau bukan sendirian
kau punya Dia
Dia tahu apa dihatimu
Dia tahu kemampuanmu


usah biarkan
dirimu tewas
biar lelah tetap berjuang
keringatmu untuk agama
budimu pada bangsa


jangan diusik sejarah silam
maju ke hadapan
ukir semangat waja
prasasti bahagia

Sunday, June 1, 2008

Entiti hati

Terkadang termenung di birai fajar, terasa kesunyian yang hadir. Jiwa ini seolah kosong, maratapi perjalanan yang panjang, menginsafi kekerdilan yang merajai diri. Manusia ini begitu lemah.

Sememangnya lumrah, manusia mana tak disapa dugaan. Dugaan datang pelbagai rupa. Dugaan keewangan, keluarga, masa, perasaan dan sebagainya. Pelbagai dugaan ini bukan sengaja didatangkan oleh Allah.

Mana hamba-Ku yang katanya beriman, mana hamba-Ku yang katanya hidup dan matinya hanya kerana Aku,mana?Tatkala dugaan datang, segera menyalahkan Aku, bukannya ingin memuhasabah diri, bukannya mahu menambahkan amalan sendiri. Aku rindukan suara tangis hamba-Ku memujuk merayu menagih minta simpati daripada-Ku, Aku terlalu ingin menyapu airmata penyesalan hamba-Ku, tapi mana?Hai hamba-Ku...

Jiwa seorang pejuang takkan lemah kerna mehnah,takkan jatuh kerna fitnah takkan tenggelam kerna masalah TAPI jiwa seorang pejuang menggalas amanah, mereda fitnah, menyelesai masalah. TAKBIR!!!

Saturday, May 24, 2008

ingatlah sebelum diingatkan...

JASA DI DUNIA DAN ANUGERAH DI AKHIRAT : -

1. Meninggalkan sembahyang.
-Anugerah :Ular Saqar sedang menunggu.

2. Melewat-lewatkan sembahyang.
-Anugerah :Neraka WAIL sedang ternganga.

3. Meringan-ringankan syariat.
-Anugerah: Mendapat pandangan murka Al-Jabbar .

4. Mengumpat peribadi orang.
-Anugerah:Gunting neraka sedang diasah.

5. Menyebarkan gossip atau fitnah.
-Anugerah : Duri- duri menanti di taman neraka.

6. Tidak menjaga pergaulan.
-Anugerah: Libasan api neraka yang dijanjikan.

7. Tidak berakhlak dengan manusia.
-Anugerah: Kemurkaan Allah bersamamu.

8. Menyakiti hati orang dengan lisan.
-Anugerah: Masuklah mana-mana pintu neraka.

9.Meringankan amanah.
-Anugerah :Angkatlah seberkas kayu dari neraka.

"Ya Allah pandanglah kami, jangan biarkan kami terus dalam kehinaan disisi-Mu, Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, ampunkan kesalahan yang kami lakukan atas kejahilan dan kelalaian kami. Ampunkan kami ya Rabb..."

Kisah teman...

Beberapa minggu yang lepas, teman saya 'si gadis manis' sempat menukilkan buat saya suatu puisi yang saya kira memang tulus dari hatinya. Saya tempelkan disini sebagai peringatan berguna buat kita. Mana tahu kan...

Bila hati dipagar cinta manusia
seluruh atma menjadi kaku
kaku bicara manusia lain
hanya dihati
si dia yang dicinta
setiap detik dia yang dirindu
tiap ketika dia yang dinanti
entah mengapa rindu selalu hadir
cinta pun mengundang resah
resah tanpa khabar dari si dia
dia pun begitu
hati sama-sama bercinta
naluri tetap rasa
biarpun jarak memisahkan
betapa beratnya cinta
terkadang merajuk
tiba-tiba
hati minta si dia memujuk
tapi hampa
dia buat tak tahu
sakitnya orang bercinta
menanti saat dijodohkan saja
seksa orang bercinta
asyik menanti saja
bilalah nak kahwin...

cinta Allah pula lebih hebat
kepada Dia selalu mengadu
bertemu Dia hati jadi tenang
Dia tak pernah hampakan cinta
malah Dia membalas
kasih sayang sepenuhnya
Dia suka orang cintakan-Nya
kalau orang datang berjalan
Dia akan datang berlari bertemu
kalau merajuk Dia selalu pujuk
kata-kata-Nya penuh ketenangan
kata-kata-Nya memberi harapan
bestnya bercinta dengan Allah

cinta dengan manusia
kadang suka kadang sakit
itulah manusia
cintakan Allah dahulu
barulah cari cinta manusia
nescaya akan temui
orang yang cintanya
sama macam cinta kita dengan Allah.

Friday, May 16, 2008

Imbas seketika

Teringat saya satu kisah sewaktu saya pulang bercuti dahulu. Sewaktu saya di majlis pengajian, duduk seorang makcik yang sangat uzur. ..

Makcik : Anak ni ke yang pi belajar Mesir? Dah berapa tahun kat sana?
Saya : Saya la makcik. Dah 3 tahun kat sana.
Makcik : Kahwin dah ke?
(saya menggeleng)
Makcik : Tak payah kahwin lagi, habiskan belajar dulu. Kahwin bila-bila pun boleh.
(saya tersenyum penuh makna:)

Saturday, May 3, 2008

Sekilas...

Biar hari merangkak senja
Akan kuteruskan perjuangan ini
Biar nafas hanya seketika
Akan kuteruskan langkah ini
Esok masih belum tentu
Selagi mata belum bersatu
Beringatlah diri
Waktu itu...

Thursday, March 27, 2008

Tinta Salut Emas

Menulis ini seperti anda melihat cermin. Setiap kali menatapnya anda akan melihat dan menilai peribadi. Menulis ini seperti anda mandi. Setiap hari anda mesti melakukannya, jika tidak akan busuklah tubuh. Menulis ini seperti hari-hari yang anda lalui, ada peristiwa, ada cerita, ada watak, ada emosi, ada perasaan, ada natijah dan ada iktibar. Jika mahu jadi penulis, perlu menulis dari hati dan semaikan minat dalam diri.
AmizaKhusyri,
Seremban
~~~~~~~
Teruskan usaha.Terus menulis.

"Hari ini pena kita mungkin tidak mengeluarkansebarang mersik suara. Tapi, bila isi dan cita2 yangkita bawa mempunyai matlamat yang jelas, pasti gemanyaakan didengari dunia juga suatu hari. Teruskan menulis..."
:)

All da best.

A.Ubaidillah Alias,
Kelantan
~~~~~~~
"Menulis itu dakwatnya peluh, penanya kehendakdan letaknya dalam hati"

Mohd Zaki Mohd Noor,
Johor

Monday, March 24, 2008

Ibu

Tiada lafaz teragung
Mampu kuluahkan
Saat mendengar suaramu
Puas menjalari nadi
Rindu tebal dihati
Kasih Ibu
Tiada henti

Muhasabah Ini

Semalam Muhasabah Separuh Penggal Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir...Saya tak rajin nak mengulas lanjut muhasabah semalam...Apa yang saya boleh rumuskan :
*Ahli sudah pandai berfikir yang terbaik.
*Masih ada yang tak memahami sepenuhnya etika kepimpinan.
*Membantu persatuan ikut musim
*Ada yang suka mengkaji, buat analisa sendiri kemudian menghujum tanpa bertanya terlebih dahulu kepada pihak persatuan.
*Ada yang kata perlaksanaan sterotaip,alangkah baiknya jika yang berkata itu menjadi nadi penggeraknya.
*Tak kurang juga adik -adik baru yang bersemangat ingin tahu.


~Satu kebanggaan barisan kepimpinan ini menjadi perhatian, mahukan kami terbaik jadi bantulah kami!
~Cuma satu dari saya :
*Pemimpin tiada lebihnya dengan ahli biasa, mereka sama saja seorang mahasiswa, cuma yang lebihnya mereka dipikul dengan AMANAH!

Wednesday, March 19, 2008

Muktamar Sanawi PMRAM 75

Muktamar HEWI sudah berlalu dan hari ini ayuh bersama kita gegarkan Muktamar Sanawi tahun ini, berikan muhasabah dan cadangan bukannya hujuman menghentam pimpinan! Selamat Bermuktamar buat semua...

Monday, March 10, 2008

Sastera kasih

Sastera memang indah. Saya kutip bicara pantun ini dari hati seseorang. InsyAllah tak kena saman kot...


Intai-intai seroja desa
Terserempak penyair beradu
Puas sudah dielak rasa
Hati ini terkenangkan dirimu

Geharu sungguh si anak raja
Seroja dipetik dilaman orang
Mana kutahu hatiku berkata
Dah dicuri sang puteri seorang

~Nak berbalas pantun silakan penuh hormat~

Intikhabat Malaysia

Perak, Kedah,Pulau Pinang dan Selangor.Memang tak dijangka kemenangan berpihak pada yang berhak. Rakyat buka mata, buka minda usah lagi termakan dengan semata-mata propaganda. Ayuh kita raikan kemenangan ini tapi usah dilupakan teladan sirah dalam peperangan Uhud suatu ketika dahulu.

~Membangun bersama Islam. Takbir! ~

Friday, March 7, 2008

Doa telus dari hati

Doa Tuan Guru Nik Aziz

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamu yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai Tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian." - mks.

www.harakahdaily.net

Kerana Hati

Kerana hati
ada insan yang terluka
kerana hati
ada jiwa yang merana
kerana hati
kita selalu patah hati
kerana hati
kita yang tak hati-hati
semua kerana hati

Thursday, March 6, 2008

Pesan Dr.

Doktorah Amal Abdul Hamid, lecturer usul fiqh saya memesan
"Penuntut ilmu kena ada :
~Baca
~Ulangkaji
~Sabar
~Tunggu diberi kefahaman

Saturday, March 1, 2008

Rumah baru, pilihanraya

Riang hati ini bila dapat berbicara dengan ibu.
Kata ibu rumah kami dalam proses pembaikan,tukar sikit-sikit.
Nak salin baru banyak belanjanya, duit pun segan-segan nak keluar.
Sibuk-sibuk pilihanraya, rumah pun sibuk-sibuk juga.
Kakak pula menyampuk sepanjang jalan pulang ke kampung macam-macam tertampal kat jalanan. Ada bulan penuh, ada bulan separuh-separuh, ada roket nak ke bulan dan ada timbang-timbang bulan. Itulah aura pilihanraya...

Usai ganggang diletak teringat kalam ibu :
"Mak pun minta maaf"
"Mak tak salah apa-apa pun"
"Mak pun manusia juga mana tahu ada salahnya."

-Itulah ibuku...

Sunday, February 24, 2008

Khas Buat K.Seri

Sebagai tanda ingatanku,
pengganti diri nan jauh
ku seru doa bahagia buatmu
dan lakaran ini kutitip
istimewa buatmu
kerna dirimu jua istimewa...

Friday, February 22, 2008

Sesuatu Dari Hati
Oleh Nor Azlina Idris


Thabit Bin Zuhair pernah mencoretkan :

“ Seseorang tidak akan gagal
selagi ia serius berusaha
Segala urusan yang sulit atau yang remeh
Dapat ditangani dengan baik
Orang yang memiliki prinsip
Adalah orang yang tidak hanya menerima perintah
namun ia punya orientasi sendiri
dan memiliki visi yang jelas
Itulah orang pilihan
Yang hidup bukan sebagai pecundang
Meski kesempatan telah tertutup baginya
Semangat di dalam dada akan tetap terus berkobar”.


Saya meneladani hasil tulisan Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni di dalam kitabnya yang masyhur ‘ La Tahzan’. Kata-kata beliau saya terapkan dalam hati supaya ianya menjadi penawar dikala saya kesedihan dan pabila diterjah dengan pelbagai kesulitan yang datang. Bukan semudah yang disangka untuk menghindarkan diri dari perasaan yang sebegini. Kadang-kadang kita perlukan sesuatu untuk menaikkan semangat dalam diri selain kita perbanyakkan istighfar dan berdoa, manfaat buku jua memainkan peranan yang cukup bermakna.

Sememangnya mudah untuk melafazkan kata akan tetapi begitu payah untuk melaksanakannya walhal ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai sekiranya sabar itu cekal di dalam hati. Tambahan pula kita semua adalah pimpinan yang Allah telah maktubkan dalam kitab-Nya yang Agung lantaran bermaksud :’Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi ini.” Siapa khalifah tu? Kitalah orangnya. Seorang teman pernah berpesan kepada saya katanya : Pemimpin adalah seorang dapat mengubah kelemahan menjadi kekuatan, rintangan menjadi batu pijakan dan petaka menjadi kemenangan. Semangat perlu dipugarkan moga ianya tidak terus pudar akibat waktu yang pantas berlalu. Kiranya kita lemah dalam mentadbir satu amanah yang terpundak dibahu kita ini bagaimana mungkin kita mampu untuk menggalas amanah yang telah tersedia kepada kita selaku khalifah-Nya.

Teringat saya salah satu kalam azimat Syed Hassan Al-Banna dari 10 wasiatnya iaitu kewajipan lebih banyak dari waktu yang ada, jadi sebolehnya ringkaskanlah usah berlengah-lengah supaya dapat melaksanakan amanah yang lain pula. Jangan kita lupa bahawa setiap kita adalah berbeza-beza, lazimilah rangkaian nasihat pesanan moga-moga tanggungjawab dakwah tidak tersekat disebabkan kita yang tersungkur di pertengahan jalan. Cepatlah bangun usah menoleh lagi dan maju kehadapan, dan peranan sahabat raih dan pimpinlah tangan yang tekulai itu. Tinggalkan kenangan-kenangan duka binalah impian-impian indah dan berusahalah mencapainya. Kejayaan bukan dicipta dalam sekelip mata sepertimana tersirat dalam bicara hikmah ‘Rom tidak dibina dalam masa satu hari’.

Berikan ruang pada diri untuk berubah, percaya akan kudrat akal yang Allah anugerahkan buat setiap makhluk-Nya. Ya kita mampu untuk melaksanakannya andai kita berjaya menempis kekalutan putus asa. Yakinilah, Allah sekali-kali tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang berusaha tanpa membuang sabar. Buat sahabat-sahabat seperjuangan, mulakan sekarang jangan nanti-nanti, kerjakan berterusan dan doa saya telus mudah-mudahan kita beriringan bersama. Andai kita mahu bersama Rasulullah diakhirat kelak, laksanakan dan sambunglah apa yang telah baginda lakukan. Rasullullah mengharapkan kita dan usah kerana kelalaian kita Rasulullah menangis pilu mengenangkan ummati...ummati...ummati...

Saya akhiri perbicaraan hati ini dengan bait syair yang saya kira memberi inspirasi kepada saya, dengarkanlah...

‘Kau merayap meraih kejayaan
Sedang mereka yang berlari
dengan sepenuh hati telah sampai
Mereka berkejaran menuju kejayaan
Hingga kebanyakan mereka merasa bosan
Siapa pun yang bersungguh-sungguh dan sabar
Dapat meraih kejayaan
Jangan kau kira kejayaan adalah kurma
Yang biasa kau makan
Tiada yang dapat mencapai kejayaan
Hingga dia mampu bersabar.

Friday, February 15, 2008

Tempel

'Hidup seperti pohon kayu yang lebat,
buahnya tumbuh ditepi jalan
dilempar orang dengan batu
tapi dibalas dengan buah.
Tiada erti hidup
yang bercampur dengan putus harap
dan tiada putus harap dalam takungan hidup
Kehidupan ini akan ada dua kesudahan
samada berjaya mendapat apa yang diidamkan
atau tidak berjaya mencapai cita-cita.
Hidup umpama setitis embun
tibanya sebentar kemudian hilang
tiba lagi dan hilang lagi
kehidupan adalah satu giliran
antara senyum dan ratap
airmata ibarat garam kehidupan
lupakan segala duka yang berlaku
dan bangunkanlah hidup baru
dan jangan lagi menghampiri daerah duka
yang memungkinkan manusia jatuh sekali lagi
hidup umpama
gantian hujan dan panas
suka dan duka
senang dan susah.'


~"Sutera Kasih" created by Sirhan Ansari.

Sunday, February 10, 2008

Post saya ke 50!

Hari ni cukup post saya yg ke 50. Bunyi macam matang tapi hakikat, nak berdiri tegak pun belum mampu lagi, masih mengharapkan bantuan lain. Teratak saya ni belum pun sampai setahun, muda lagi :)
Tak tahu nak tempel apa kali ni, cuma hayatilah makna tersirat disebalik kata-kata hikmah ni :

" Senyumlah ketika suka
menandakan syukur kita kepada-Nya
Senyumlah ketika duka
menandakan kita redha ketentuan-Nya."

P/s : Buat adikku tersayang, gunakanlah masa sebaiknya bila bersama keluarga, sementara cuti masih ada. Nanti bila dah balik Indonesia jangan nangis-nangis tau! Kita sama-sama di perantauan...

Monday, February 4, 2008

Sentuhan lagi...


Kadang-kadang bila idea mendesign datang menjengah, diri tak mampu nak menghalang. Lakaran selalu tercipta mengikut kehendak hati yang menyuruh itu dan ini. Dan sudahnya inilah hasilnya. Tapi saya tak berhajat mengeluar umumkan ia. Biarlah ia menjadi simpanan peribadi saya. Yang pasti lakaran-lakaran ini membuat saya berfikir! itu yang saya rasa...
~kenapa bunga ni bertukar wajah, sepatutnya merah. Agaknya dia malu nak hidup di teratak saya...Tak pelah bunga kurelakan apa sahaja kerna mu....

Saturday, February 2, 2008

Sentuhan Nurani

"Jika dirimu dilanda kesusahan
bisikkanlah harapan
yang menjanjikan kepadanya
maka dengan janji itu
dirimu akan senang
perisailah dirimu dengan harapan
agar tidak putus asa
hingga kecemasanmu
lenyap dimakan waktu"

~: Penyair Ali bin Syibl :~

Monday, January 21, 2008

Cerita Hati

Cerita hati,
sesuatu yang tersirat
tak dapat dilihat
hanya terzahir kata-kata
jua lantunan bicara
yang berirama.

Cerita hati,
bermacam cerita
amat malu
andai diketahui manusia
tapi tidakkah malu
Allah Mahu Tahu
hati hamba-hamba-Nya

Cerita hati
lazimi istighfar
mudah-mudahan ianya
penghapus kekalutan
yang bersarang di hati.

Saturday, January 19, 2008

Titip Kenangan

*Ini pula gambar adik-beradik dihadapan rumah. Dari kiri : Kak Mah, Kak Ida dan Kak Faezah. Mereka dikelilingi deretan anak-anak masing-masing. Dan yang dibelakang tu Abang Jef.






*Jauh tapi dekat di hati. Pose dari mak dan ayah yang banyak menanamkan semangat dalam diri ini. Sayang mak ayah!

Titip Kenangan ~ Rindu Lagi




*Gambar terbaru anak saudara saya Nur Ain Syahmina. Tembam betul budak ni...
*Pose dari saya ketika di Singapore Airport.


Gambar abang Ghani,kakak ipar serta anaknya Nur Izzatul Syamimi.

Luahan Pimpinan

Kadang-kadang fikiran bercelaru sendiri, betulkah tindakan yang di ambil? Serbasalah, tak tenteram jiwa TAPI pabila memikirkan ianya untuk maslahah semua, perasaan itu ditolak tepi.
Menjadi pimpinan bukannya semudah yang disangka. Perlu memimpin diri dan orang lain. Perasaan sendiri dipinggirkan dan penumpuan pemikiran kepada masalah orang lain. Ya, pemimpin kena fikirkan masalah orang lain!
Kebanyakan orang acapkali nampak kesalahan yang terzahir pada pimpinan lalu terjadi fitnah tanpa ada seorang pun yang tampil menegur secara hikmah kepada pimpinan.Pemimpin juga adalah seorang manusia, perlukan teguran dan nasihat bukannya sindiran dan kata-mengata yang menyakitkan.
Kerapkali juga pimpinan menangis sendirian, kerana tak tertanggung amanah yang digalas TAPI pabila mengingatkan janji yang telah dipatrikan dihadapan Allah bahawa amanah dakwah perlu dilaksanakan dan kasih sayang kepada Rasul-Nya, ianya menjadi pengubat jiwa. Biarlah apa orang nak kata amar maaruf nahi mungkar tetap dilaksanakan!
Dan saya sesungguhnya kini tak pernah menyesal menjadi pimpinan walaupun kerapkali ujian getir itu datang bertandang tanpa sempat menghempas lelah namun itulah janji saya kepada Allah :amanah tetap amanah, biar lelah akan kuusahakankan jua selagi nafas ini bernadi!

Tuesday, January 15, 2008

:~menarik:~

Penyair A'rabi pernah mencoretkan:

"Demi Allah
cinta teramat agung untuk dapat dilihat
ia luput dari penglihatan manusia
ia ada didalam dada bersemayam
sebagaimana api bersemayam dalam batu
jika dinodai ia akn membakar
jika cuba untuk ditinggalkan
ia akan selalu membayangi."

Nama Itu

Nama itu
Acapkali terakam dimindaku
Kemas di sudut hati
Bila mengingatinya
Aku menjadi rindu amat
Kini dia tiada disisi
Sungguh aku merinduinya
Nama itu banyak mendidikku
Dalam diam aku contohi dia
Kerana apa
Aku sayangkan dia
Aku ingin dia berada dekat denganku
Sebab itu aku ingin jadi seperti dia
Bayangan dia dalam diriku
Bolehkah begitu
Aku terasa bila ketiadaanya
Senyumannya, tutur bicaranya
Ya Tuhan
Tidak akan aku lupa nama itu
Siapakah dia?
Dialah
Nur Humaira Mukhtar

Berdoalah...