CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 24, 2012

Persiapan bakal suami dan isteri

Seorang lelaki dan juga seorang wanita pastinya lambat atau cepat bakal bergelar bapa dan ibu bilamana ijab berwali akad terpatri. Soal pertama yang perlu pihak lelaki renung dan fikir-fikirkan dan pihak wanita sedar dan berubah. Itulah dia tanggungjawab seorang bapa kepada anaknya. Apakah tanggungjawab seorang bapa kepada anaknya? Sepertimana yang telah dicoretkan, amanah yang tertanggung di atas bahu seorang bapa kepada anak adalah :

1-Mencari ibu yang terbaik
2-Memberikan nama yang elok maknanya
3-Mengajarkan membaca al-Quran

Apabila lengkap tiga perkara ini dilaksanakan maka berbahagialah si bapa dengan nikmat Allah Taala. Kerana daripada tiga rangkaian inilah perkara yang lain akan mengikutnya.

Mencari ibu yang baik

Mafhum di dalam al-Quran Allah ada menyebutkan “Mukmin yang baik untuk mukminah yang baik”. Ini sudah pasti seorang lelaki yang baik akan mencari seorang wanita yang baik yang bakal mencorak dan mendidik anak-anaknya kelak. Baik yang bagaimanakah yang dimaksudkan? Pada pendapat saya, wanita yang baik adalah seperti wanita yang dimaksudkan oleh Saidatina Aisyah r.a iaitu perempuan yang tidak dipandang dan tidak memandang. Perempuan yang tidak sewenang-wenangnya memandang lelaki dan juga penyebab hati lelaki terpaut. Wanita yang tahu ‘erti’ dia seorang wanita itulah yang bakal melahirkan anak-anak yang taat pada agama. Istikharah dan pilihlah wanita yang baik-baik agamanya untuk dijadikan isteri. Dan para wanita, didiklah jiwa untuk menjadi baik suluhan al-Quran dan sunnah sebelum bergelar isteri kepada si suami.


Memberikan nama yang elok


Menjadi lumrah bagi sepasang suami isteri, janin yang dikandung baru dua tiga minggu sudah dicarikan nama untuknya. Penting bagi pasangan ini menentukan pilihan nama yang terbaik, bukan sahaja pabila disebut sedap telinga mendengar akan tetapi dari sudut maknanya yang terukir indah. Nama inilah yang akan disebut berkali-kali dalam sehari. Sanggupkan ibu bapa memanggil anaknya dengan seburuk-buruk nama bahkan panggilan dari ibu itu merupakan satu doa?


Mengajarkan membaca al-Quran


Dituntut untuk mengajar al-Quran kepada anak-anak kerana ia merupakan sumber utama rujukan umat Islam. Biarkan si anak mengenal siapa Khaliqnya dan tujuan dia diciptakan. Alunkan sentiasa kalimah suci di telinganya moga dia membesar hidup berlandaskan al-Quran dan disamping ilmu-ilmu yang lain. Buat bakal suami dan isteri pelajarilah membaca al-Quran dengan sebaiknya supaya mudah untuk diajarkan pula kepada anak-anak.

Kenapa tajuk ini ditujukan untuk yang bakal bergelar suami dan isteri dan bukannya kepada bapa? Kerana di sinilah bermulanya pemilihan seorang isteri dan juga bakal ibu…

Monday, January 23, 2012

Tinta Ulama'

ISLAM DAKWAH YANG SYUMUL
Oleh DR. MUHAMMAD YUSUF QARDAWI
www.dakwah.info

Islam Dakwah Yang Syumul

Di antara ciri-ciri yang membezakan Islam daripada agama agama, falsafah-falsafah dan ideologi-ideologi yang dikenal oleh manusia ialah ciri ‘asy-Syumul atau kemenyeluruhan dengan segala pembawaan maknanya yang merangkumi dan meliputi segala-galanya. Ia meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh kejadian dan kehidupan manusia. Seorang ulama’ menggambarkan keluasan erti asy-Syumul’ di dalam risalah Islam itu sebagai berikut :

“Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek hidup manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat”.


Islam risalah semua zaman

Islam adalah risalah bagi setiap zaman dan generasi, bukan risalah yang terhad pada masa yang tertentu yang peranannya habis dengan berakhirnya masa itu, sebagaimana keadaan risalah Nabi-nabi yang terdahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w. Bahawa setiap Nabi diutus bagi jangka masa yang tertentu. Bila tempoh itu habis, maka Allah s.w.t. mengutus pula Nabi yang lain. Adapun Nabi Muhammad s.a.w. adalah penutup para Nabi. Oleh itu risalahnya adalah risalah yang abadi yang berkekalan hingga ke hari Qiamat dan meliputi seluruh alam. Risalah ini membawa hidayah yang terakhir kepada umat manusia. Jelaslah bahawa tidak ada syariat selepas Islam, tidak ada kitab selepas al-Quran dan tidak ada Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ragu-ragu lagi bahawa Islam adalah risalah masa depan yang abadi dan risalah masa lalu yang jauh. Sesunggughnya pokok iqtikad dan akhlaknya adalah menjadi risalah bagi tiap-tiap nabi yang diutus dan tiap-tiap kitab yang diturunkan. Maka semua Nabi datang dengan Islam, menyeru Tauhid dan menjauhi Thaghut.

( وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ ( 25

“Dan Kami tidak mengutus seoranng Rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawsanya Tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka, sembahlah oleh Kamu akan Aku.”
(surah Anbiyä: 25)

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي آُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ
وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ آَيْفَ آَانَ عَاقِبَةُ
( الْمُكَذِّبِينَ ( 36

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap tiap umat (untuk menyerukan): Sembahlah Allah s.w.t. (saja,) danjauhilah Thaghu’t itu.”
(surah An-Nahli: 36)

Setiap Nabi memberitahu bahawa mereka adalah Muslim dan menyeru kepada Islam.
Nabi Nuh Alaihis’ Salam berkata:

فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَمَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلاَّ عَلَى اللّهِ وَأُمِرْتُ أَنْ أَآُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
(72)

“Dan aku diperintah supaya aku termasuk golongan Muslimin.”
(surah Yunus: 72)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihis’ Salam berkata:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّیَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ
( أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ ( 128

Islam Dakwah Yang Syumul

“Ya Tuhan Kami jadikanlah kami be orang yang Muslim kepadamu dan ( di antara anak cucu kami Umat yang Muslim kepada Mu.”
(surah al-Baqarah: 128)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ya’kub berwasiat kepada anak-anaknya:
وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَیَعْقُوبُ یَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّینَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ
( وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ( 132

“Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memilih Agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.” (surah al-Baqarah: 132)

Nabi Yusuf Alahis’ Salam berdoa kepada Tuhannya:

رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِیلِ الأَحَادِیثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ
( أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنُيَا وَالآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ( 101

“Wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkan aku dengan orang-orang yang soleh.”
(surah Yusuf: 101)

Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata:
( وَقَالَ مُوسَى یَا قَوْمِ إِن آُنتُمْ آمَنتُم بِاللّهِ فَعَلَيْهِ تَوَآَّلُواْ إِن آُنتُم مُّسْلِمِينَ ( 84
“Hai kaumku, jika kamu berima kepada Allah, maka bertawakkallah kepadaNya sekiranya Kamu benar-benar Muslim.”
(surah Yunus: 84)

Para tukang sihir Fir’aun ketika beriman kepada Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata:

وَمَا تَنقِمُ مِنَّا إِلاَّ أَنْ آمَنَّا بِآیَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءتْنَا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
(126)

“Ya Tuhan Kami, Limpahkanluli kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan Muslim kepada Mu”.
(surah al-A’araf: 126)

Nabi Sulaitnan Alaihis’ Salam mengutus surat kepada Ratu Baiqis dan kaumnya:

( أَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ ( 31

“Janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang Muslim”.
(surah An Naml: 31)

Kaum hawariyun berkata kepada Nabi Isa Alaihis’ Salam:

Kami beriman kepada Allah s. w.t. dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Muslim.
(surah Ali- Imran: 52)

Sesungguhnya Islam adalah inti risalah setiap Nabi yang datang dan sisi Allah s.w.t. semenjak dan Nabi Nuh Alaihis’ Salam hingga Nabi Muhammad s.a.w. Islam adalah risalah semua zaman.

ISLAM RISALAH SELURUH ALAM


Apabila risalah ini tidak terbatas kepada masa dan generasi, maka sedemikian pulalah ia tidak terbatas kepada satu tempat, atau segolongan umat atau satu bangsa atau satu kelas masyarakat tertentu. Sesungguhnya ia adalah risalah sejagat yang merangkumi setiap umat, setiap jenis manusia, setiap bangsa dan setiap kelas di dalam masyarakat. Ia bukan risalah bagi satu bangsa yang tertentu, yang mendakwa bahawa bangsanyalah pilihan Tuhan danseluruh manusia mesti tunduk kepadanya. Ia bukan risalah bagi kawasan tertentu sehingga kawasa-nkawasan lain terpaksa mengakuinya supaya ia dapat menarik keuntungan daripadanya. Ia bukan risalah bagi satu kelas terteniu dalam masyarakat supaya ia dapat memerintah kelas-kelas yang lainnya berkhidmat untuk kepentingannya atau mengikut kemahuannya ataupun ia dapat mengexploitasinya, sama ada kelas yang berkuasa itu dan kalangan orang-orang kuat atau orang-orang lemah, dan kalangan pemimpin atau hamba, dan kalangan orang-orang kaya, atau orang-orang miskin ataupun dan kalangan rakyat-jembel. Sesungguhnya Islam adalah risalah untuk mereka seluruhnya, bukan untuk kepentingan satu golongan daripada mereka. Dan tidaklah menjadi hak monopoli satu golongan tertentu untuk memahamkan, menafsirkan serta mendakwahkan Islam seperti yang disalah-fahamkan setengah-setengah orang. Sesungguhnya ia adalah hidayah Tuhan manusia kepada
setiap manusia dan rahmat Allah bagi setiap hamba Allah.

Dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta Alam.” (surah An Anbiya’: 107)

“Katakanlah: Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada Mu semua.”
(surah Al A’araaf: 158)

Mahasuci Allah yang telah menurunkan Al Furqan kepada hambanya agar dia menjadi peringatan kepada seluruh Alam.”
(surah Al Furqan: 1)

‘Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk segala umat.”

(surah Al An’aam: 90)

Setengah orientalis menyangka bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak mengisytiharkan dan
permulaannya bahawa beliau adalah utusan Allah s.w.t. kepada seluruh manusia, tetapi hal itu dilakukannya setelah beliau mendapat kemenangan ke atas kaumnya bangsa Arab. Maka ayat-ayat yang kita sebutkan itu menolak sangkaan mereka. Ini disebabkan kesaiah-fahaman mereka terhadap ayat-ayat Makkiyyah. Ayat-ayat sepertinya banyak di turunkan pada masa-masa permulaan turunnya Al-Quran.

Berdoalah...

Islamic