CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 3, 2012

Secangkir kisah teladan

Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam. Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya. Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid – murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul. Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah). Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita : Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya.. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang! Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut. Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing - masing sambil ketawa terbahak - bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset. Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah! Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah – olah kandang kibas tidak pernah wujud! Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah. Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud : "Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa." (SurahAn-Najm : 32) "Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombongan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Surah Luqman 18)

Wednesday, June 20, 2012

Saat berbicara

Etika dalam berbicara 1-Hendaklah perbicaraan selalu di dalam perkara kebaikan.Allah Taala berfirman "Tidak ada kebaikan dalam bisik-bisikan mereka kecuali bisik-bisikan orang yang menyuruh (manusia)memberi sedekah atau berbuat makruf atau mengada perdamaian di antara manusia (Surah An-Nisa:45)

Tuesday, April 17, 2012

Tetiba saat itu...

Saat menyelak lembaran puisi, tetiba berkenan puisi yang ini...almaklum kemungkinan tahun ini pilihanraya,so moga-moga ada perubahan yang lebih baik kepada sebuah negara islam yang didoakan dan diimpikan. Bersama membantu mengisi kemenangan!


Merdeka Kini


Teriakan itu menggamit deria
Sorakan bergema satu dunia
Gegak gempita warna gemilap
Suara merdeka bergaung megah

Dicanang merdeka
Tanah tumpah Malaysia
Bangga berjaya
Tumpas penjajah durjana

Nah,
Ditinggalkan sisa karat
Ironi anak merdeka
Lupa adat,hina bangsa
Persetan agama

Sadis insan merdeka
Bilakan tiba cahaya
Perubahan minda suci
Meratap rayu hidayah
Hanya pada Dia

Saturday, March 24, 2012

berjaya memaksa...

"Orang yang BERJAYA ialah orang yang MEMAKSA DIRInya BERUBAH manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"

Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

credit to : iluvislam

Saturday, March 17, 2012

Andai tangisan kau tangisi

Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

- As-Syahid Syed Qutb

Tuesday, March 6, 2012

Rintih air mata umat

Tika bumi basah dengan darah
Air mata tak tertumpah lagi
Kesakitan dan penindasan menjadi satu
Dimanakah pembelaan?

Pandanglah dunia tua ini
Umat Islam diinjak-injak
Kesucian dirobek-robek
Penghinaan tiada belas

Saudara-saudaraku,
Lihatlah penderitaan kami,
Kami diseksa…
Kami dipersenda…
Kami… tak berdaya

Mengapa kalian berdiam rasa,
Kaku, mengunci bicara
Sepi dari usaha

Di mana bantuan kalian?
Di mana doa kalian?
Untuk kami Syiria, Rusia, Malaysia…
Oh Tuhan,
Tolonglah umat ini!

Teman-temanku
Usah biarkan tangan kalian
Tidak berjasa…

Lantunkanlah doa
Tebarkanlah usaha
Bantulah mereka di sana
Pelbagai cara sedaya upaya
Saudara kita
Seaqidah seagama…

Sunday, February 26, 2012

Nasihat untuk lelaki & peringatan untuk wanita

Nasihat Rasulullah SAW untuk lelaki <> Peringatan untuk wanita

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah :Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Saturday, February 4, 2012

Rindu itu tak pernah padam

Hati ini benar merindui,
insan yang tak pernah ku temui,
namun ku begitu harap pertemuan ini,
walau mata terpejam lena,
entah kan dapat,
kerna siapalah aku,
insan yang berdosa,

Rinduku tak pernah padam,
Saban doaku setiap malam,
tak pernah lupa menyelitkannya,
moga mimpiku bertemu dia
ingin ku temui sayap kirinya,
buat pemangkin buatku,
tapi dapatkah aku temui,

aku jadi gusar,
siapalah aku dengan mereka,
malu dengan amalan tak seberapa,
tapi benar,
ingin ku temui,
kerana rindu itu,
telah mengajar aku erti tidak sabar,
ahh, benar-benar rindu!
dia dan gelaran kepadanya si merah pipi
Rasulullah SAW dan...
Saidatina Aishah radiallahuanha

Tuesday, January 24, 2012

Persiapan bakal suami dan isteri

Seorang lelaki dan juga seorang wanita pastinya lambat atau cepat bakal bergelar bapa dan ibu bilamana ijab berwali akad terpatri. Soal pertama yang perlu pihak lelaki renung dan fikir-fikirkan dan pihak wanita sedar dan berubah. Itulah dia tanggungjawab seorang bapa kepada anaknya. Apakah tanggungjawab seorang bapa kepada anaknya? Sepertimana yang telah dicoretkan, amanah yang tertanggung di atas bahu seorang bapa kepada anak adalah :

1-Mencari ibu yang terbaik
2-Memberikan nama yang elok maknanya
3-Mengajarkan membaca al-Quran

Apabila lengkap tiga perkara ini dilaksanakan maka berbahagialah si bapa dengan nikmat Allah Taala. Kerana daripada tiga rangkaian inilah perkara yang lain akan mengikutnya.

Mencari ibu yang baik

Mafhum di dalam al-Quran Allah ada menyebutkan “Mukmin yang baik untuk mukminah yang baik”. Ini sudah pasti seorang lelaki yang baik akan mencari seorang wanita yang baik yang bakal mencorak dan mendidik anak-anaknya kelak. Baik yang bagaimanakah yang dimaksudkan? Pada pendapat saya, wanita yang baik adalah seperti wanita yang dimaksudkan oleh Saidatina Aisyah r.a iaitu perempuan yang tidak dipandang dan tidak memandang. Perempuan yang tidak sewenang-wenangnya memandang lelaki dan juga penyebab hati lelaki terpaut. Wanita yang tahu ‘erti’ dia seorang wanita itulah yang bakal melahirkan anak-anak yang taat pada agama. Istikharah dan pilihlah wanita yang baik-baik agamanya untuk dijadikan isteri. Dan para wanita, didiklah jiwa untuk menjadi baik suluhan al-Quran dan sunnah sebelum bergelar isteri kepada si suami.


Memberikan nama yang elok


Menjadi lumrah bagi sepasang suami isteri, janin yang dikandung baru dua tiga minggu sudah dicarikan nama untuknya. Penting bagi pasangan ini menentukan pilihan nama yang terbaik, bukan sahaja pabila disebut sedap telinga mendengar akan tetapi dari sudut maknanya yang terukir indah. Nama inilah yang akan disebut berkali-kali dalam sehari. Sanggupkan ibu bapa memanggil anaknya dengan seburuk-buruk nama bahkan panggilan dari ibu itu merupakan satu doa?


Mengajarkan membaca al-Quran


Dituntut untuk mengajar al-Quran kepada anak-anak kerana ia merupakan sumber utama rujukan umat Islam. Biarkan si anak mengenal siapa Khaliqnya dan tujuan dia diciptakan. Alunkan sentiasa kalimah suci di telinganya moga dia membesar hidup berlandaskan al-Quran dan disamping ilmu-ilmu yang lain. Buat bakal suami dan isteri pelajarilah membaca al-Quran dengan sebaiknya supaya mudah untuk diajarkan pula kepada anak-anak.

Kenapa tajuk ini ditujukan untuk yang bakal bergelar suami dan isteri dan bukannya kepada bapa? Kerana di sinilah bermulanya pemilihan seorang isteri dan juga bakal ibu…

Monday, January 23, 2012

Tinta Ulama'

ISLAM DAKWAH YANG SYUMUL
Oleh DR. MUHAMMAD YUSUF QARDAWI
www.dakwah.info

Islam Dakwah Yang Syumul

Di antara ciri-ciri yang membezakan Islam daripada agama agama, falsafah-falsafah dan ideologi-ideologi yang dikenal oleh manusia ialah ciri ‘asy-Syumul atau kemenyeluruhan dengan segala pembawaan maknanya yang merangkumi dan meliputi segala-galanya. Ia meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh kejadian dan kehidupan manusia. Seorang ulama’ menggambarkan keluasan erti asy-Syumul’ di dalam risalah Islam itu sebagai berikut :

“Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek hidup manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat”.


Islam risalah semua zaman

Islam adalah risalah bagi setiap zaman dan generasi, bukan risalah yang terhad pada masa yang tertentu yang peranannya habis dengan berakhirnya masa itu, sebagaimana keadaan risalah Nabi-nabi yang terdahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w. Bahawa setiap Nabi diutus bagi jangka masa yang tertentu. Bila tempoh itu habis, maka Allah s.w.t. mengutus pula Nabi yang lain. Adapun Nabi Muhammad s.a.w. adalah penutup para Nabi. Oleh itu risalahnya adalah risalah yang abadi yang berkekalan hingga ke hari Qiamat dan meliputi seluruh alam. Risalah ini membawa hidayah yang terakhir kepada umat manusia. Jelaslah bahawa tidak ada syariat selepas Islam, tidak ada kitab selepas al-Quran dan tidak ada Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ragu-ragu lagi bahawa Islam adalah risalah masa depan yang abadi dan risalah masa lalu yang jauh. Sesunggughnya pokok iqtikad dan akhlaknya adalah menjadi risalah bagi tiap-tiap nabi yang diutus dan tiap-tiap kitab yang diturunkan. Maka semua Nabi datang dengan Islam, menyeru Tauhid dan menjauhi Thaghut.

( وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ ( 25

“Dan Kami tidak mengutus seoranng Rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawsanya Tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka, sembahlah oleh Kamu akan Aku.”
(surah Anbiyä: 25)

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي آُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ
وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ آَيْفَ آَانَ عَاقِبَةُ
( الْمُكَذِّبِينَ ( 36

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap tiap umat (untuk menyerukan): Sembahlah Allah s.w.t. (saja,) danjauhilah Thaghu’t itu.”
(surah An-Nahli: 36)

Setiap Nabi memberitahu bahawa mereka adalah Muslim dan menyeru kepada Islam.
Nabi Nuh Alaihis’ Salam berkata:

فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَمَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلاَّ عَلَى اللّهِ وَأُمِرْتُ أَنْ أَآُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
(72)

“Dan aku diperintah supaya aku termasuk golongan Muslimin.”
(surah Yunus: 72)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihis’ Salam berkata:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّیَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ
( أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ ( 128

Islam Dakwah Yang Syumul

“Ya Tuhan Kami jadikanlah kami be orang yang Muslim kepadamu dan ( di antara anak cucu kami Umat yang Muslim kepada Mu.”
(surah al-Baqarah: 128)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ya’kub berwasiat kepada anak-anaknya:
وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَیَعْقُوبُ یَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّینَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ
( وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ( 132

“Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memilih Agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.” (surah al-Baqarah: 132)

Nabi Yusuf Alahis’ Salam berdoa kepada Tuhannya:

رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِیلِ الأَحَادِیثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ
( أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنُيَا وَالآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ( 101

“Wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkan aku dengan orang-orang yang soleh.”
(surah Yusuf: 101)

Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata:
( وَقَالَ مُوسَى یَا قَوْمِ إِن آُنتُمْ آمَنتُم بِاللّهِ فَعَلَيْهِ تَوَآَّلُواْ إِن آُنتُم مُّسْلِمِينَ ( 84
“Hai kaumku, jika kamu berima kepada Allah, maka bertawakkallah kepadaNya sekiranya Kamu benar-benar Muslim.”
(surah Yunus: 84)

Para tukang sihir Fir’aun ketika beriman kepada Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata:

وَمَا تَنقِمُ مِنَّا إِلاَّ أَنْ آمَنَّا بِآیَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءتْنَا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
(126)

“Ya Tuhan Kami, Limpahkanluli kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan Muslim kepada Mu”.
(surah al-A’araf: 126)

Nabi Sulaitnan Alaihis’ Salam mengutus surat kepada Ratu Baiqis dan kaumnya:

( أَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ ( 31

“Janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang Muslim”.
(surah An Naml: 31)

Kaum hawariyun berkata kepada Nabi Isa Alaihis’ Salam:

Kami beriman kepada Allah s. w.t. dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Muslim.
(surah Ali- Imran: 52)

Sesungguhnya Islam adalah inti risalah setiap Nabi yang datang dan sisi Allah s.w.t. semenjak dan Nabi Nuh Alaihis’ Salam hingga Nabi Muhammad s.a.w. Islam adalah risalah semua zaman.

ISLAM RISALAH SELURUH ALAM


Apabila risalah ini tidak terbatas kepada masa dan generasi, maka sedemikian pulalah ia tidak terbatas kepada satu tempat, atau segolongan umat atau satu bangsa atau satu kelas masyarakat tertentu. Sesungguhnya ia adalah risalah sejagat yang merangkumi setiap umat, setiap jenis manusia, setiap bangsa dan setiap kelas di dalam masyarakat. Ia bukan risalah bagi satu bangsa yang tertentu, yang mendakwa bahawa bangsanyalah pilihan Tuhan danseluruh manusia mesti tunduk kepadanya. Ia bukan risalah bagi kawasan tertentu sehingga kawasa-nkawasan lain terpaksa mengakuinya supaya ia dapat menarik keuntungan daripadanya. Ia bukan risalah bagi satu kelas terteniu dalam masyarakat supaya ia dapat memerintah kelas-kelas yang lainnya berkhidmat untuk kepentingannya atau mengikut kemahuannya ataupun ia dapat mengexploitasinya, sama ada kelas yang berkuasa itu dan kalangan orang-orang kuat atau orang-orang lemah, dan kalangan pemimpin atau hamba, dan kalangan orang-orang kaya, atau orang-orang miskin ataupun dan kalangan rakyat-jembel. Sesungguhnya Islam adalah risalah untuk mereka seluruhnya, bukan untuk kepentingan satu golongan daripada mereka. Dan tidaklah menjadi hak monopoli satu golongan tertentu untuk memahamkan, menafsirkan serta mendakwahkan Islam seperti yang disalah-fahamkan setengah-setengah orang. Sesungguhnya ia adalah hidayah Tuhan manusia kepada
setiap manusia dan rahmat Allah bagi setiap hamba Allah.

Dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta Alam.” (surah An Anbiya’: 107)

“Katakanlah: Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada Mu semua.”
(surah Al A’araaf: 158)

Mahasuci Allah yang telah menurunkan Al Furqan kepada hambanya agar dia menjadi peringatan kepada seluruh Alam.”
(surah Al Furqan: 1)

‘Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk segala umat.”

(surah Al An’aam: 90)

Setengah orientalis menyangka bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak mengisytiharkan dan
permulaannya bahawa beliau adalah utusan Allah s.w.t. kepada seluruh manusia, tetapi hal itu dilakukannya setelah beliau mendapat kemenangan ke atas kaumnya bangsa Arab. Maka ayat-ayat yang kita sebutkan itu menolak sangkaan mereka. Ini disebabkan kesaiah-fahaman mereka terhadap ayat-ayat Makkiyyah. Ayat-ayat sepertinya banyak di turunkan pada masa-masa permulaan turunnya Al-Quran.

Berdoalah...

Islamic