CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 13, 2011

Konsep syahadah dan tuntutannya

Pengertian syahadah
(La ilah hailla Allah dan Muhammad Rasulullah)

Dua elemen ini terkandung :

1- Berpegang bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah

2- Berpegang bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Kenapa kita perlu mengucapkan kalimah syahadah? Kenapa kita perlu mengetahui dan memahami kalimah ini? Kenapa kita perlu mempelajari kalimah ini?

Mungkin persoalan ini pernah terkutik di hati kita, lantas dari situ apa yang kita lakukan? Sahabat-sahabat yang dirahmati ketahuilah :

1-Kalimah tersebut perlu dituturkan kerana menjadi pembeza di antara seorang muslim dan seorang yang bukan muslim

2-Kalimah tersebut perlu difahami dan diketahui kerana ia menjadi pegangan kepada semua muslim untuk hidup dengan cara Islam dan berhukum dengan hukum Allah

3-Kalimah tersebut perlu dipelajari supaya kita tahu kewajipan buat diri kita untuk melaksanakan hukum Allah.


Apa yang dimaksudkan dengan berpegang bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah ialah :

1-Apabila kita mengucap kalimah syahadah ini kita perlu tahu bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah SWT. Maka kita akan sentiasa memperingatkan diri Allah melihat segala amal perbuatan baik mahupun buruk kita. Kita perlu merasakan takut kerana sentiasa diperhatikan Allah

2-Apabila kita melafazkan kalimah syahadah ini kita perlu tahu bahawa pergantungan kita hanyalah kepada Allah semata-mata. Ajal ,rezeki dan kemenangan hidup di dsunia atau akhirat menjadi milik Allah.

3-Kita perlu sedari bahawa kita perlu memperhambakan diri kepada Allah SWT, bukan kepada makhluk. Kita perlu melaksanakan apa yang diperintahkan dan menjauhi dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.


Apa yang dimaksudkan dengan berpegang bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah ialah :

1- Kita perlu menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dan ikutan yang mesti diikut.

2- Kita perlu meneruskan amanah yang dipikul oleh baginda SAW denagn meninggikan Islam.

3- Kita perlu meletakkan kecintaan kita kepada baginda SAW.



Sebagai seorang muslim yang beriman apakah tuntutan yang wajib kita laksanakan?

1-Kita mestilah menjadikan Allah sebagai Tuhan dengan mengesakan-Nya,serta mengikhlaskan diri kepada-Nya tanpa mensyirikkan dengan unsure-unsur lain seperti sekularisme,liberalism dan nasionalisme.

3- Kita juga mestilah menjadikan Allah sebagai matlamat dan meletakkan keredhaan allah sebagai agenda utama.

4- Kita mestilah menjadikan Allah sebagai pelindung bukan menjadikan manusia sebagai tempat perlindungan

5- Kita mestikan menjadikan Allah sebagai satu kecintaan yang utama dengan tidak melebihkan cinta yang lain.

6- Kita mestilah menjadikan Allah sebagai sumber perundangan yang mutlak dan tidak menjadikan fahaman barat sebagai sumber perundangan.

7- Kita mestilah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai pimpinan, contoh tauladan dalam semua aspek kehidupan kita.

8- Kita mestilah menjadikan kehidupan sebagai perjuangan dan jihad untuk melaksanakan segala tuntutan syahadah ini.


Kesimpulannya sahabat-sahabat, khususnya buat diri saya yang dhaif ini, kita ada amanah di dalam syahadah yang kita ungkapkan setiap hari di dalam solat kita mahupun di luar solat, jadi apa tunggu lagi! Setiap detik adalah umur kita, laksanakanlah ia sebelum kita ditanya oleh Pencipta kita.

~ p/s : Adaptasi dari TM

Saturday, April 2, 2011

Waktu dalam kehidupan seorang Muslim

Air tangan Dr Yusuf al-Qhardawi di dalam kitabnya ada menyebutkan tentang pengurusan waktu yang sepattnya sebagai seorang Muslim...diantara tanggungjawab seorang islam adalah bersungguh-sungguh memenuhi waktu. Bagaimana kita untuk memenuhi tuntutan ini?Bagaimana untuk kita memahami dengan sebenar-benarnya erti masa yang tersumpah padah oleh Allah di dalam kitab suci-Nya?...Segera dapatkan mutiara buku ini...

Berdoalah...

Islamic