CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 28, 2008

Lama tak 'berangan'

Sudah lama saya tidak 'berangan'. Pena kisah sudah lama tak diasah. Tumpul...Mahu dibiarkan?Tidak mungkin dibiar sepi. Jalan-jalannya ada terbentang, cuma mata nampak rabun sayup mata memandang. Bimbang lelah di persimpangan. Tetapi ada bekalan, ada ubat sementara menyambung kisah...(puisi saya sementara bikin cerpen).

Akhir Derita Palestin

Air mata mengalir lagi
kali ini deras, berambu-rambu
sayat rasa hati
tersiat perasaan
bilakah berakhirnya derita ini.

mana umat Islam lain
gagah propaganda
'kita mesti bantu mereka'
namun mana janji itu
hilang sama kepulan
peluru manusia durjana

dimana ibu,
kemana ayah
habis dunia dicari
disitu...
darah menyaluti

marah membara
puas tahan sakit
luka teramat dalam
kuasa mereka menindas

biar dunia kiamat
hingga akhir hayat
cekal berjihad
walau umat lain
makin menjauh
termakan helahan

darah terakhir
terukir kalimah
Allahu Akbar
syahid dinanti
syurga mendiami...

Monday, June 23, 2008

Begitukah kehidupan?

Lama sungguh jemari ini tidak menukil kata, kempunan jiwa ini ingin bersastera mendendangkan diksi-diksi indah, bait-bait kata yang menenangkan rasa. Agak lama ditinggalkan. Bukan kerana melupakan akan tetapi ada perkara lain yang lebih utama didahulukan. Terfikir sendiri antara kehendak yang tersangat menuntut dan satu tuntutan yang mana perlu diutamakan?

Bukan mudah untuk kita membuat keputusan tambahan pula keputusan itu memerlukan pemikiran yang waras, dan kestabilan perasaan. Andai jiwa yang tergundah mana mungkin keputusan yang dicapai memenuhi segala kehendak yang diminta.

Begitu a'zimnya akal dan perasaan. Kedua-duanya mempunyai naluri yang berbeza terkadang bercanggahan sesama sendiri tetapi hukum Tuhan pasti keduanya ada persamaan yang kadang kala kita sendiri tidak menyedarinya...Begitukah kehidupan?

Friday, June 20, 2008

Ripuh amat...

Lewat akhir ini saya ripuh sungguh. Banyak perkara perlu dilakukan dalam masa yang terdekat. Mudah-mudahan Allah meringankan amanah yang saya galas ini. Terkadang merasakan diri ini tidak mampu, but what can i do...saya perlu melawan perasaan tidak mampu itu and believe i can do it.

~Ya Allah, turunkan tentera-tentera-Mu untuk membantuku...

Sunday, June 8, 2008

Hati Kecil VS hati besar

Hati besar tersusuk sembilu.Sakit. Sendunya berlagu....

Air jernih menitis
laju bertalu-talu
rawan hari tak siapa tahu
perit hadapi sendiri


Gusar di depan mata
mampukah?
kuatkah jiwa ini?


galak amanah datang
akal ini cuma satu
tangan ini cuma dua
kudrat ini hanya sementara


Tuhan
berikanku harapan
izinkan kubina
keyakinan yang hilang
galas amanah tersimpan



Tiba-tiba hati kecil menempik, marahkan hati besar...


Bangun...
kau bukan sendirian
kau punya Dia
Dia tahu apa dihatimu
Dia tahu kemampuanmu


usah biarkan
dirimu tewas
biar lelah tetap berjuang
keringatmu untuk agama
budimu pada bangsa


jangan diusik sejarah silam
maju ke hadapan
ukir semangat waja
prasasti bahagia

Sunday, June 1, 2008

Entiti hati

Terkadang termenung di birai fajar, terasa kesunyian yang hadir. Jiwa ini seolah kosong, maratapi perjalanan yang panjang, menginsafi kekerdilan yang merajai diri. Manusia ini begitu lemah.

Sememangnya lumrah, manusia mana tak disapa dugaan. Dugaan datang pelbagai rupa. Dugaan keewangan, keluarga, masa, perasaan dan sebagainya. Pelbagai dugaan ini bukan sengaja didatangkan oleh Allah.

Mana hamba-Ku yang katanya beriman, mana hamba-Ku yang katanya hidup dan matinya hanya kerana Aku,mana?Tatkala dugaan datang, segera menyalahkan Aku, bukannya ingin memuhasabah diri, bukannya mahu menambahkan amalan sendiri. Aku rindukan suara tangis hamba-Ku memujuk merayu menagih minta simpati daripada-Ku, Aku terlalu ingin menyapu airmata penyesalan hamba-Ku, tapi mana?Hai hamba-Ku...

Jiwa seorang pejuang takkan lemah kerna mehnah,takkan jatuh kerna fitnah takkan tenggelam kerna masalah TAPI jiwa seorang pejuang menggalas amanah, mereda fitnah, menyelesai masalah. TAKBIR!!!

Berdoalah...

Islamic