CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 26, 2009

Istareh...

Bahana Tersalah Faham
Oleh Nor Azlina Idris

Seringkali juga tersalah faham ini terjadi di dalam kehidupan manusia. Banyak kekeliruan yang akan timbul hanya disebabkan perkara ini sehinggakan hampir merenggut kepercayaan terhadap seseorang. Terkadang menimbulkan fitnah yang maha dahsyat. Bukankah ini membawa kebinasaan dalam sesuatu perhubungan? Mengapa ianya terjadi?

Misalannya dalam sebuah keluarga, salah faham diantara suami isteri menyebabkan ada yang tidak bertegur sapa, masam bercuka-cuka, marah berganda-ganda. Jika inilah yang berlaku dimana akan hadirnya sinar bahagia dalam keluarga?
Apakah jalan terbaik yang Islam anjurkan?
Allah Taala telah menyebut didalam kitab suci-Nya :
ان جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا
Bermaksud : "Jika seseorang fasik datang kepada kamu membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya".

Hakikat ini Allah memberi peringatan bahawa amat perlunya kita menyelidiki apabila sesuatu berita yang sampai ke pendengaran kita, bukan dengan bermudah-mudah kita ambil percaya tanpa usul periksa. Yang pasti tentulah berita itu adalah yang didengar di atas angin, tidak diketahui asalnya. Bukan sahaja tertakluk kepada orang fasik sahaja malahan ia termasuk umat Islam sendiri. Bukankah salah faham diantara umat Islam lebih bahaya kerana akan terputusnya saudara?

Tindakan yang kedua apabila wujudnya salah faham ini adalah dengan meminta penjelasan dari kedua-dua belah pihak. Kemungkinan salah faham itu disebabkan tersalah dengar sehingga timbul kefahaman yang lain. Kemungkinan juga ada yang suka menyampai-nyampaikan berita tanpa diselidiki kesahihan sehingga terjadinya perselisihan. Bukankah ini lebih menjerat dan memakan hati?

Tindakan terakhir apabila sesuatu berita yang kurang enak didengar sampai kepada kita, adalah dengan kita bersangka baik dengan saudara kita. Dia tidak dizalimi dan kita juga tidak menanggung dosa kerana bersangka buruk. Bukankah bersangka buruk ini adalah hasil ketidakpercayaan kita kepada saudara kita. Runtuh sebuah kepercayaan hanya kerana salah faham? Tentunya tidak adil…

Akhirnya berusahalah mencari jalan penyelesaian yang paling terbaik. Hubungkan kembali hubungan yang mulai retak dengan ikatan percaya dan kasih sayang. Bukan mudah untuk menjalinkan hubungan andai percaya kepada saudara sendiri semakin sirna. Mulakan pertalian hidup yang berkat dan bahagia hanya kerana Dia…































































































Monday, January 5, 2009

Sadis...

Meneliti berita-berita dunia kini, hati ini diombak sedih, badai airmata pasti mengalir. Isu yang berlaku saban zaman adalah peperangan antara Israel laknatullah dengan rakyat Palestin. Tiap detik pasti ada sahaja berita kematian ,pengeboman, seksaan dan pelbagai perkara zalim lagi.

Kita disini terkadang terlupa dengan saudara-saudara seislam kita disana. Si ibu dibalukan, si anak diyatim piatukan, si gadis dinodakan. Sedih teramat!

Apa yang boleh kita lakukan? Takkanlah hanya berdiam tanpa apa-apa usaha?
Seandainya boleh berangkat senjata silakan, tetapi pada yang tidak berkemampuan, lazimilah dengan la ila ha illah, takbir allhu akbar, membaca surah al-ikhlas, qunut nazilah dan bersolat hajat. Mudah-mudahan sedikit usaha yang kita lakukan menjadikan saudara kita disana mendapat kekuatan dan pertolongan daripada Allah.. Sama-sama kita doakan...

Saturday, January 3, 2009

Salam Maal Hijrah

Salam Tahun Baru
1430H sudah menjengahkan wajahnya. Buku lama sudah ditutup dan dibuka pula buku baru. Apa cerita buku lama? Sempurnakah amalan?Pahala atau dosa yang melebihi mizan?

Allah saja yang tahu, mudah-mudahan amalan kita diangkat ke langit dan tidak dikembalikan malaikat lalu diterima terus oleh Allah. Mudah-mudahan Ya Rabb...

Salam kebahagian buat semua.

Seketika

Seketika waktu yang terhenti buat saya mengambil masa untuk memulakan kembali. Sememangynya diakui keripuhan dan pelbagai perkara urusan yang mendatangi diri ini membuatkan saya menjadi seorang yang sensitif dengan masa. Terlalu!

"Masa ibarat pedang andai saya tidak pandai menguruskannya kemungkinan saya yang akan terluka kerananya."

Mudah-mudahan Allah menganugerahkan keberkatan masa dan ilmu buat saya. Doakan kebaikan buat saya…

Berdoalah...