CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 15, 2008

Tempel

'Hidup seperti pohon kayu yang lebat,
buahnya tumbuh ditepi jalan
dilempar orang dengan batu
tapi dibalas dengan buah.
Tiada erti hidup
yang bercampur dengan putus harap
dan tiada putus harap dalam takungan hidup
Kehidupan ini akan ada dua kesudahan
samada berjaya mendapat apa yang diidamkan
atau tidak berjaya mencapai cita-cita.
Hidup umpama setitis embun
tibanya sebentar kemudian hilang
tiba lagi dan hilang lagi
kehidupan adalah satu giliran
antara senyum dan ratap
airmata ibarat garam kehidupan
lupakan segala duka yang berlaku
dan bangunkanlah hidup baru
dan jangan lagi menghampiri daerah duka
yang memungkinkan manusia jatuh sekali lagi
hidup umpama
gantian hujan dan panas
suka dan duka
senang dan susah.'


~"Sutera Kasih" created by Sirhan Ansari.

Sunday, February 10, 2008

Post saya ke 50!

Hari ni cukup post saya yg ke 50. Bunyi macam matang tapi hakikat, nak berdiri tegak pun belum mampu lagi, masih mengharapkan bantuan lain. Teratak saya ni belum pun sampai setahun, muda lagi :)
Tak tahu nak tempel apa kali ni, cuma hayatilah makna tersirat disebalik kata-kata hikmah ni :

" Senyumlah ketika suka
menandakan syukur kita kepada-Nya
Senyumlah ketika duka
menandakan kita redha ketentuan-Nya."

P/s : Buat adikku tersayang, gunakanlah masa sebaiknya bila bersama keluarga, sementara cuti masih ada. Nanti bila dah balik Indonesia jangan nangis-nangis tau! Kita sama-sama di perantauan...

Monday, February 4, 2008

Sentuhan lagi...


Kadang-kadang bila idea mendesign datang menjengah, diri tak mampu nak menghalang. Lakaran selalu tercipta mengikut kehendak hati yang menyuruh itu dan ini. Dan sudahnya inilah hasilnya. Tapi saya tak berhajat mengeluar umumkan ia. Biarlah ia menjadi simpanan peribadi saya. Yang pasti lakaran-lakaran ini membuat saya berfikir! itu yang saya rasa...
~kenapa bunga ni bertukar wajah, sepatutnya merah. Agaknya dia malu nak hidup di teratak saya...Tak pelah bunga kurelakan apa sahaja kerna mu....

Saturday, February 2, 2008

Sentuhan Nurani

"Jika dirimu dilanda kesusahan
bisikkanlah harapan
yang menjanjikan kepadanya
maka dengan janji itu
dirimu akan senang
perisailah dirimu dengan harapan
agar tidak putus asa
hingga kecemasanmu
lenyap dimakan waktu"

~: Penyair Ali bin Syibl :~

Monday, January 21, 2008

Cerita Hati

Cerita hati,
sesuatu yang tersirat
tak dapat dilihat
hanya terzahir kata-kata
jua lantunan bicara
yang berirama.

Cerita hati,
bermacam cerita
amat malu
andai diketahui manusia
tapi tidakkah malu
Allah Mahu Tahu
hati hamba-hamba-Nya

Cerita hati
lazimi istighfar
mudah-mudahan ianya
penghapus kekalutan
yang bersarang di hati.

Berdoalah...

Islamic