CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 10, 2010

Gegarkan Pena

Seringkali hati ini kepingin menjadi hebat seperti penulis-penulis hebat masa dulu atau masa kini.Penulis kini seperti Faisal Tehrani, A. samad Said, Nisah Haron dan ramai lagi.Kata-kata yang penuh berisi, puitis dan tak jemu-jemu meta menatapnya. Biarlah hati ini bercita-cita tinggi di kaki langit, andainya terjatuh akan menimpa awan tidaklah terlalu sakit jatuh ke tanah keras lagi gersang. Doakan saya moga tercapai hasrat murni ini...

Wednesday, July 7, 2010

Tetamu Senja

Tetamu Senja
oleh A. Samad Said


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas


Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat


p/s : Saya sememangnya menyukai air tangan beliau:)

Tuesday, June 29, 2010

Bahtera Penyelamat

Telah dinukilkan oleh ulama' tersohor, Ustaz Fathi Yakan di dalam kitabnya 'Bahtera Penyelamat' berkenaan dengan rintangan perjuangan dalam kehidupan perdakwah. Lima perkara yang digariskan iaitu :

-Orang Mukmin yang dengki kepadanya
-Orang munafiq yang benci kepadanya
-Orang kafir yang memeranginya
-Syaitan yang menyesatkan
-Nafsu yang merangsangkan

p/s : Secara lebih detail akan saya muat turunkan di masa lapang akan datang,insyAllah

Tuesday, June 8, 2010

Jangan timang tinggi-tinggi

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.



p/s : Para ibua bapa dan pengasuh beringat-ingatlah ye...

Wednesday, June 2, 2010

Sudah terbit

Hasil tangan saya kini sudah menampakkan hasilnya. 4 buah cerpen saya dimuatkan dalam antalogi 'Takdir Yang Tersimpan". Maaf, saya tak dapat nak muat turun cover dalam post kali de masalah teknikal. InsyAllah di lain masa saya cuba memenuhinya.
Selamat membaca buat semua peminat karya kreatif. Dapatkannya di pasaran!

Berdoalah...

Islamic