Lama sungguh saya tak menjengah teratak saya. Sawang sudah penuhi langit rumah. Laman bersepah-sepah...sementara sendiri biarkan saja, nanti bila dah berdua tahulah macammana nak jaga, macam si sanggar-cinta...tiba-tiba saja teringat pemilik si sanggar-cinta, moga mereka berbahagia. Doakan kebahagian buat semua...
Teliti kalam Saidina Umar ini :
"Tiada Islam kecuali dengan jemaah
Tiada jemaah kecuali dengan pimpinan
Tiada pimpinan kecuali dengan ketaatan".
Thursday, August 28, 2008
Teratak ini
Nukilan Zulfa Hanan at 4:41 PM 0 komen anda disini
Monday, July 14, 2008
Scan Iman
Berteleku syahdu malam
Koreksi dosa semalam
Airmata lurus turun
Satu persatu
Sayu...
Banyak salah atma ini
Terkadang hilang keyakinan
Yang ditanam dalam diri
Masalah menghimpit
Lambat penyelesaian
Tiap sesuatu ada waktunya
Aku jadi teringat
Tanggungjawab dipikul
Amanah disanjung
Terlunaskah segalanya?
Hati ini
Dicanda gusar
Sewaktu amalan ditimbang
Berat di sebelah manakah ia
Kanan atau kiri...
Kanan atau kiri...
Kanan atau kiri...
Mudah-mudahan kananlah ia!
Nukilan Zulfa Hanan at 1:16 PM 0 komen anda disini
Wednesday, July 2, 2008
Pesan buat diri...
Lewat malam mata ini masih segar-bugar menatap monitor, masih banyak lagi amanah -amanah yang tak terbuat dek kecepatan masa yang tidak sempat saya kejar. Terkadang terasa penat tetapi bila teringat kembali kalam yang pernah saya luahkan buat teman :
" Kalaulah bukan kerana Allah kita terima amanah ini mana mungkin kita mampu menggalasnya"
Nukilan Zulfa Hanan at 4:47 AM 0 komen anda disini
Saturday, June 28, 2008
Lama tak 'berangan'
Sudah lama saya tidak 'berangan'. Pena kisah sudah lama tak diasah. Tumpul...Mahu dibiarkan?Tidak mungkin dibiar sepi. Jalan-jalannya ada terbentang, cuma mata nampak rabun sayup mata memandang. Bimbang lelah di persimpangan. Tetapi ada bekalan, ada ubat sementara menyambung kisah...(puisi saya sementara bikin cerpen).
Akhir Derita Palestin
Air mata mengalir lagi
kali ini deras, berambu-rambu
sayat rasa hati
tersiat perasaan
bilakah berakhirnya derita ini.
mana umat Islam lain
gagah propaganda
'kita mesti bantu mereka'
namun mana janji itu
hilang sama kepulan
peluru manusia durjana
dimana ibu,
kemana ayah
habis dunia dicari
disitu...
darah menyaluti
marah membara
puas tahan sakit
luka teramat dalam
kuasa mereka menindas
biar dunia kiamat
hingga akhir hayat
cekal berjihad
walau umat lain
makin menjauh
termakan helahan
darah terakhir
terukir kalimah
Allahu Akbar
syahid dinanti
syurga mendiami...
Nukilan Zulfa Hanan at 11:40 AM 0 komen anda disini
Monday, June 23, 2008
Begitukah kehidupan?
Lama sungguh jemari ini tidak menukil kata, kempunan jiwa ini ingin bersastera mendendangkan diksi-diksi indah, bait-bait kata yang menenangkan rasa. Agak lama ditinggalkan. Bukan kerana melupakan akan tetapi ada perkara lain yang lebih utama didahulukan. Terfikir sendiri antara kehendak yang tersangat menuntut dan satu tuntutan yang mana perlu diutamakan?
Bukan mudah untuk kita membuat keputusan tambahan pula keputusan itu memerlukan pemikiran yang waras, dan kestabilan perasaan. Andai jiwa yang tergundah mana mungkin keputusan yang dicapai memenuhi segala kehendak yang diminta.
Begitu a'zimnya akal dan perasaan. Kedua-duanya mempunyai naluri yang berbeza terkadang bercanggahan sesama sendiri tetapi hukum Tuhan pasti keduanya ada persamaan yang kadang kala kita sendiri tidak menyedarinya...Begitukah kehidupan?
Nukilan Zulfa Hanan at 10:56 PM 0 komen anda disini





