CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 27, 2009

Panahan Sepasang Mata

Panahan Sepasang Mata
Oleh Nor Azlina Bt Idris


" Dari kerana mata
yang mempunyai kuasa
aku tergoda…
aku tergoda terkesima".

Kuasa mata sememangnya amat kuat dan aneh. Seolah-olah ada tarikan magnet pada sepasang mata. Dari mata turun ke hati, dari hati akan lahir bibit rasa di nubari lantas dari situ tercetusnya pertemuan yang tak disangka kemudian disengajakan pertemuan bersama 'teman ketiga syaitan laknatullah. Bukankah dari mata itu menceritakan kisah didalam hati? Bagaimana kita nak menjaga hati dari diusik dan dinoda maksiat?

Terkadang perasaan kita yang terlalu membara bersama bisikan-bisikan syaitan membuatkan kita hanyut dalam godaan yang dibuat. Ah…kita sudah digoda syaitan.
Kata seorang penyair :

Ketika engkau melepaskan pandanganmu
Ke segala arah tanpa batas
Maka pandangan itu
Akan mengakibatkan kesusahan bagimu
Engkau akan melihat banyak hal
Yang membuatmu tak kuasa menahan diri
Dan banyak hal yang membuatmu
Tidak mampu bersabar.

Mata perlu diawasi, hati perlu diingati, ingatkan diri bahawa Allah Maha Memerhati. Hanya kerana sepasang mata boleh meregut kebahagian dan disebabkan mata juga menjadi saksi diakhirat sana. Amaran yang Allah berikan begitu jelas didalam firman-Nya :

وكل للمؤمنين يغضوا من ابصرهم ويحفظوا فروجهم
" Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya...".

وكل للمؤمنت يغضضن من ابصرهن ويحفظن فروجهن
"Katakanlah kepada perempuan yang beriman , agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya..."

Allah berpesan kepada kaum lelaki mahupun perempuan supaya memelihara pandangan mata kerana dilihat kesan dari perbuatan sang mata ini amat mendukacitakan. Kes-kes runtuh akhlak yang terjadi mutakhir ini seperti perkosa, rogol dan sumbang mahram dan sebagainya lagi begitu membimbangkan. Kerana mata tidak terkawal , ditambah dengan nipisnya iman semua ini berkemungkinan boleh terjadi. Sebelum dinoda dan ternoda beringatlah akan amanat yang Allah gariskan ini. Mudah-mudahan mata ini bukan termasuk didalam golongan yang Allah murkakan.

0 komen anda disini:

Berdoalah...

Islamic