CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 12, 2011

Nafas cinta...

Saat rindu melambung-lambung, saat kenangan diimbas mesra, ku selitkan kata-kata dia sebagai inspirasi diriku. Dia tiada disisiku kini kerana dia setia menemani si pejuang. Dia bukan siapa-siapa, hanya insan yang menjadi sandaran untukku bermanja suatu ketika dahulu .Nyata, dia meninggalkan setulus sayang buatku. Bicaranya akan ku kenang hingga akhir nyawaku ;

;يا اختى فى العقيدة المتينة الواحدة
لا ارى منك احواج الى هذه الكلمات الا نفسى

Asy Syahid Hassan al-Banna pernah menuturkan :
“ usah kau biarkan sehari pun berlalu dari hidupmu tanpa bekerja untuk Islam.”


E-na,
Selamanya, abadikanlah diri sebagai pedusi
yang memangkin perjuangan si pejuang.
Dunia sementara ini bukan lagi ruang untuk saling
mencipta alasan. Kerana

- Kau bakal pergi. Lalu, apakah sudah kau bayar
semua nilai dari modal hidup yang kau pinjam?

- Kau hanya punya satu nama. Lalu, kau yang pilih
mahu meninggalkan nama seharum Humaira-sahmura
nubari Rasulullah atau isteri si Abu Jahal yang
dengan namanya tersumpah padah?...


p/s : K.cik, terima kasih kerana telah mengajar diri ini erti perjuangan dalam kehidupan. Ku bawa kenangan dan titip bicaramu sehingga kini menjadi sepertinya diriku sekarang. Terima kasih di atas segalanya.

1 komen anda disini:

Nabil&Suzana said...

Ina, sungguh pena saya ini sudah tumpul. Tintanya sudah tidak mampu memberi kesan apa2 pada siapa2.

Entah apa yg pernah saya titipkan dahulu. Entah dari mana ilham itu menerpa.

Sungguh, saya hampir tidak kenal itu titipan saya, lama dahulu.

Terima kasih kerana masih menyimpannya, walau secebis. Jadi pesan semula pada diri sendiri.

Terima kasih, pedusi.

Berdoalah...

Islamic