Alhamdulillah, pada 20 hb Disember, Allah memberi peluang kepada saya untuk menyertai sama munaqashah ini. Munaqashah PHD ini di hadiri oleh Dr Ali Jummah, mufti kerajaan negeri Mesir. Sememang saya berasa sungguh bertuah dapat mengikutinya, pengalaman yang tidak akan saya dapat di tempat lain. Pembentang adalah pensyarah dari qism Usil Fiqh membentangkan tentang "Ijtihad derma organ dari sudut perubatan. Saya semacam terkesima dapat duduk bersama-sama dengan orang yang hebat seperti mereka. Mudah-mudahan saya juga dapat mencapai hasrat terpendam ini suatu hari nanti. Ameen...
Monday, December 21, 2009
Thursday, December 3, 2009
Rush!
Lama tidak menjengah teratak ini. Terlalu lama! segarnya ada masa ada ketika, peluangnya kena pandai berkira-kira. Imtihan bakal datang lagi. Selagi perjuangan ilmu masih bersisa di Bumi Kinanah ini, akan ku teruskan...berdoa dan terus berdoa...moga kejayaan dapat diraih mesra..
P/S : mak ayah doakan kejayaan saya...
Nukilan Zulfa Hanan at 3:16 PM 0 komen anda disini
Friday, May 22, 2009
Monday, April 27, 2009
Panahan Sepasang Mata
Panahan Sepasang Mata
Oleh Nor Azlina Bt Idris
" Dari kerana mata
yang mempunyai kuasa
aku tergoda…
aku tergoda terkesima".
Kuasa mata sememangnya amat kuat dan aneh. Seolah-olah ada tarikan magnet pada sepasang mata. Dari mata turun ke hati, dari hati akan lahir bibit rasa di nubari lantas dari situ tercetusnya pertemuan yang tak disangka kemudian disengajakan pertemuan bersama 'teman ketiga syaitan laknatullah. Bukankah dari mata itu menceritakan kisah didalam hati? Bagaimana kita nak menjaga hati dari diusik dan dinoda maksiat?
Terkadang perasaan kita yang terlalu membara bersama bisikan-bisikan syaitan membuatkan kita hanyut dalam godaan yang dibuat. Ah…kita sudah digoda syaitan.
Kata seorang penyair :
Ketika engkau melepaskan pandanganmu
Ke segala arah tanpa batas
Maka pandangan itu
Akan mengakibatkan kesusahan bagimu
Engkau akan melihat banyak hal
Yang membuatmu tak kuasa menahan diri
Dan banyak hal yang membuatmu
Tidak mampu bersabar.
Mata perlu diawasi, hati perlu diingati, ingatkan diri bahawa Allah Maha Memerhati. Hanya kerana sepasang mata boleh meregut kebahagian dan disebabkan mata juga menjadi saksi diakhirat sana. Amaran yang Allah berikan begitu jelas didalam firman-Nya :
وكل للمؤمنين يغضوا من ابصرهم ويحفظوا فروجهم
" Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya...".
وكل للمؤمنت يغضضن من ابصرهن ويحفظن فروجهن
"Katakanlah kepada perempuan yang beriman , agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya..."
Allah berpesan kepada kaum lelaki mahupun perempuan supaya memelihara pandangan mata kerana dilihat kesan dari perbuatan sang mata ini amat mendukacitakan. Kes-kes runtuh akhlak yang terjadi mutakhir ini seperti perkosa, rogol dan sumbang mahram dan sebagainya lagi begitu membimbangkan. Kerana mata tidak terkawal , ditambah dengan nipisnya iman semua ini berkemungkinan boleh terjadi. Sebelum dinoda dan ternoda beringatlah akan amanat yang Allah gariskan ini. Mudah-mudahan mata ini bukan termasuk didalam golongan yang Allah murkakan.
Nukilan Zulfa Hanan at 3:39 PM 0 komen anda disini
Gilapkan Iman
Gilapkan Iman
Oleh Nor AzlinaBt Idris
Firman Allah Yang Maha Esa saya hayati lama. Tertulis di dalam kitab suci dengan firman-Nya :
كل نفس ذائقة الموت
"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati."
Tertancap difikiran ini, bagaimanakah nanti saat terakhir hidup ini? Pabila malaikat Izrail datang menjengah apa yang boleh dihidangkan? Adakah sajian amalan pahala ataukah dosa durjana yang melimpah ruah? Saat itu tidak dapat dibayangkan, keluarga syaitan datang berpusu-pusu, berbondong-bondong sanak saudara menghasut bakal si mati. Tidak berkesudahan helah mereka untuk menyesatkan umat manusia hatta disaat menunggu sakaratulmaut pun masih lagi si syaitan durjana berusaha membunuh kebahagian manusia dunia akhirat.
Sampai satu ketika kita semua akan pergi mengadap Pencipta, cuma kita tidak tahu bila dan dimana kita akan dicabut nyawa. Kecil, besar tua muda semuanya pasti akan mati. Kecil dan muda bukan jaminan hidup lama, dimakan usia dan tua bukan alasan bermudah-mudah dalam amalan. Cuba bertanyakan pada diri bila tibanya ajal kita? Jadi apa yang ditunggu rukuklah dan sujudlah! Tidakkah kita mahu menjadi hamba Allah yang paling cemerlang? Cemerlang ibadat, cemerlang jiwa dari maksiat, cemerlang segala-galanya…Amat payah bukan tetapi tidak mustahil. Lihat sahaja suri teladan yang ditunjukkan oleh jiwa suci Rabiatul Adawiyah dengan katanya :
"Wahai Tuhanku, jika aku menyembah-Mu kerana takut neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Jika aku menyembah-Mu kerana mengharap syurga, jangan masukkan aku didalamnya. Tapi, jika aku menyembah-Mu demi Engkau semata, jangan sembunyikan dariku keindahan abadi-Mu."
Teliti pula kalam dari Abu Hazim seorang ahli sufi, jihad ibadatnya tidak mengharap apa-apa balasan dari Allah Taala kerana dia ada menyebut :
" Sungguh aku malu menyembah Allah kerana pahala atau dosa. Aku bukan budak jahat yang jika tidak kerana takut, maka tidak bekerja. Aku bukan buruh jahat, yang jika tidak dibayar, maka tidak bekerja."
Subhanallah, betapa kuat dan tingginya iman meraka, nescaya tidak akan goyah iman mereka umpama gunung memasak bumi dengan pelbagai nikmat yang Allah sediakan. Itulah dinamakan cinta. Cinta hakiki hanya untuk Dia. Sehinggakan seorang penyair melarikkan puisi syahdu :
" Rinduku tiada akhir
Aku meratap-ratap merayu
Jangan tinggalkan daku Tuhan
Aku dambakan kasih-Mu
Izinkan aku menyintai-Mu."
Nukilan Zulfa Hanan at 3:32 PM 0 komen anda disini
Subscribe to:
Posts (Atom)







